Kelebihan Bersedekah

Sempena dengan hari Jumaat, antara pahala yang boleh kita rebut ialah dengan bersedekah. Sebenarnya kelebihan bersedekah sangatlah banyak. Ramai orang ambil mudah untuk bersedekah, takut duit berkurangan katanya. Tetapi, sedekah ada banyak cara. Jika ada kekangan dari segi kewangan, mungkin boleh mulakan dengan senyuman di pagi hari. Senyumkan sedekah. Boleh juga sedekahkan pahala bacaan Al Fatihah kepada ibu bapa dan juga sesiapa jua supaya beroleh rahmat dan keberkatan untuk hari itu.

Kelebihan Bersedekah

Antara kelebihan bersedekah ialah paling utama ianya membuka pintu rezeki kita. Matematik Allah tidak sama dengan matematik dunia. Jika di dunia 1-1=0, Matematik Allah pula 1-1=10. Kita cuma perlu yakin bahawa setiap sedekah yang dikeluarkan kerana Allah akan dibalas sama ada cepat atau lambat. Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit, tetapi kesihatan yang baik, kebolehan untuk bergerak, mempunyai ahli keluarga yang lengkap serta apa jua yang menggembirakan kita.

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau anak yang kerap sakit, mungkin boleh bersedekah bagi pihak pesakit. In Shaa Allah, kelebihan bersedekah juga menyembuhkan penyakit. Perkara ini memang Kak yong setuju sangat. Selain usaha dari segi perubatan dan berdoa, Kak Yong memang tidak tinggal amalan bersedekah jika anak atau ahli keluarga Kak Yong sakit. In Shaa Allah segala jenis penyakit dan kesukaran akan dipermudahkan.

Kelebihan Bersedekah

Selain itu, amalan bersedekah juga memanjangkan umur kita. Memang kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil. Sebagai salah satu usaha, kita boleh bersedekah supaya Allah memakbulkan doa memanjangkan umur kita supaya lebih banyak amal kebaikan dapat dibuat.

Kelebihan bersedekah juga merupakan salah satu cara untuk membersihkan diri daripada dosa. Sebagai salah satu cara untuk memohon keampunan daripada Allah. Selain itu, dengan bersedekah juga menolak bala dalam kehidupan. Sedekah salah satu cara untuk menyucikan serta mendapat keberkatan dalam hidup dan rezeki kita sehari-hari.

Kelebihan Bersedekah

Paling utama, kelebihan bersedekah ialah ianya merupakan salah satu amalan yang kita akan bawa ke alam akhirat kelak. Perkara ini ada dinyatakan di dalam Hadis Nabi.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.[1][1]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” [1][2]

Sebenarnya banyak lagi kelebihan bersedakah yang mungkin Kak Yong terlepas pandang. Ini cuma apa yang dapat Kak Yong kongsi melalu pembacaan serta melalui kuliah-kuliah yang membincangkan tentang bab sedekah ini. Semoga segala amalan kita dilakukan semata-mata kerana Allah dan diterima olehNya. Ini juga peringatan kepada diri Kak Yong 🙂

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

One Response

  1. Sani September 15, 2015