Kelas SEO Farid Laham

Kelas SEO Farid Laham di Setia Alam.

Kebiasaan hari sabtu untuk mereka yang bekerja makan gaji seperti saya sudah tentu masa terluang hujung minggu diisi dengan menghabiskan masa di rumah atau pun berjalan-jalan di shopping complex. Walau bagaimanapun, pilihan saya adalah untuk mengikuti kelas SEO Farid Laham. Kelas SEO Farid Laham ini dianjurkan oleh upline saya yang super goergous kak Arnie Genkimomma (GM) di pejabat beliau di Setia Alam. Selain saya, adik-beradik group GM seperti admin MyNutrisi, MyChibibox, CelikNutrisi, Healthybabykawai, MiracleVitaminss, myinfovitamin, dan juga NurSinergi Vitamin juga turut join kelas SEO Farid Laham ini.

Kelas SEO Farid Laham

Suasana Mesra Keluarga di Kelas SEO Farid Laham

Sesuatu yang menarik setiap kali saya join kelas training ialah kami boleh bawa suami dan anak-anak join sekali. Memang ada ruang khas untuk anak-anak menghabiskan masa terluang bersama-sama di sana. Boleh menonton video, boleh bawa permainan untuk bermain bersama-sama serta sempatlah berkejaran sana-sini. Tidak dinafikan memang suasana mesra keluarga di kelas SEO Farid Laham. Macam tadika pun ada juga. Ruangan khas ini disediakan separate dengan kelas pembelajaran. Kalau terdenga riuh rendah budak-budak menangis ke menjerit itu hanya sekali-sekala dan kami pun memang sudah biasa dengan environment seperti itu. Dan, memamg itu juga pilihan kami setelah join Shaklee ingin berikan kehidupan lebih selesa dan masa yang lebih banyak untuk keluarga kami.

Suasana Mesra Keluarga Di Kelas SEo Farid Laham

Banyak info berguna di Kelas SEO Farid Laham

Sesi pembelajaran kelas SEO Farid Laham ini terbahagi kepada tiga bahagian. Ada tiga speaker dan kesemuanya memang sudah berkecimpung dalam bidang blogger dan SEO sejak bertahun-tahun yang lalu. Kira memang pakar internet marketing. Kami belajar tentang On Page SEO bersama Muaz Faris, Off page SEO dengan Farid Laham dan juga tips penulisan blog dengan blogger terkenal Dunia Farisya. Penerangan mereka memang superb, jelas dan mudah difahami. Untuk mereka yang baru kenal dunia blog macam saya memang merasa bertuah dapat timba ilmu dengan mereka semua ini. Mereka ini memang masih muda dan pengetahuan yang mereka ada memang mahal namun tidak kedekut untuk dikongsi bersama.

Speaker Muaz Faris di Kelas SEo Farid Laham

Perancangan selepas Kelas SEO Farid Laham

Selepas kelas SEO Farid Laham, memang banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi SEO web Lovehutlady Vitamin ini. Terpaksa bersengkang mata untuk naikkan rank page ini. Dan segala penulisan mestilah mempraktikkan ilmu yang diceduk semalam. Selain itu, niat ketika join Shaklee dahulu akan terus disemat sekukuhnya di dalam hati. Kepada mereka di luar sana yang teringin hendak mengubah cara hidup keluarga anda, tidak kira dari segi kesihatan mahupun pendapatan boleh join group Bisnes kami. Sya tidak menjanjikan perjalanan menuju ke puncak yang mudah, namun dengan hati yang kering, usaha yang todak kenal putus asa, doa dan tawakal In Shaa Allah semuanya akan membuahkan hasil. Lambat atau cepat itu adalah urusan Allah.

BANNER NLOG

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934

18 Comments

  1. Arnie September 21, 2014
    • Azimah September 23, 2014
  2. Farah September 22, 2014
    • Azimah September 23, 2014
  3. Zuan September 22, 2014
    • Azimah September 23, 2014
  4. Hafizul September 23, 2014
    • Azimah September 23, 2014
  5. rokiah September 24, 2014
    • Azimah September 26, 2014
  6. siti hazreen September 25, 2014
    • Azimah September 26, 2014
  7. Sani Sini Sana February 17, 2015
    • Azimah February 23, 2015
  8. mrhanafi March 8, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  9. Nurul August 26, 2015
    • Azimah August 27, 2015