Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Lagi dua bulan In Shaa Allah kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kak Yong pasti ramai ibu-ibu dan adik kakak yang comel-comel tengah pulun maraton ganti puasa. Ini istimewa ditujukan untuk mereka yang belum habis ganti puasa macam Kak Yong. Hehehehehe…

Cuaca sekarang ini memang panas sangat. Kalau berpuasa memang tak mahu keluar pejabat waktu rehat. Duduk sahajalah di pejabat. Walau bagaimanapun, kadang-kala terpaksa juga keluar dan ini sememangnya menguji kesabaran. Memang tidak dinafikan ketika puasa badan mudah rasa letih dan kurang bertenaga.

Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Minum Banyak Air Kosong

Kak Yong nak kongsikan tips untuk kekal bertenaga ketika berpuasa. Minum lebih banyak air kosong berbanding air manis ketika malam harinya. Ini untuk elakkan badan menjadi dehidrasi waktu siangnya. Cara mudah untuk pastikan air cukup 2 liter sebelum tidur malam ialah dengan menggunakan botol air 2 liter. Isi air sehingga penuh dan minum secara berkala sehinggalah habis ketika waktu sahur. Senang dan mudah bagi memastikan air dalam badan mencukupi ketika berpuasa.

Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Makan Buah Kurma Dalam Kuantiti Ganjil.

Kak Yong pernah terbaca tidak tahulah kesahihannya. Kita dianjurkan makan buah kurma dalam kuantiti ganjil macam satu, tiga atau tujuh biji supaya ianya ditukarkan kepada bekalan karbohidrat di dalam badan. Apabila dimakan dalam kuantiti genap, buah kurma akan menjadi bekalan gula dalam darah. Apa pun jua kita memang tahu buah kurma berupaya memberikan tenaga segera yang diperlukan oleh badan.

Berbuka Dengan Lebihkan Protein

Sumber protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Lebihkan makan sumber ikan, daging mahupun telur ketika berbuka atau bersahur. Makan ikan dalam kuantiti berat 150-200g. In Shaa Allah badan akan jadi lebih bertenaga serta kenyang dengan lebih lama.

Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Jangan Lupa Ambil Supper (Moreh) Sebelum Tidur 

Kak Yong memang bukan jenis yang akan sahur makan berat. Oleh sebabitu, sebelum tidur Kak Yong akan pastikan makan dua keping roti, mahupun kuih-kuih kudapan ringan, yogurt atau buah-buahan bagi mengalas perut. Minum juga segelas atau dua gelas susu. Bersekali dengan buah kurma untuk memberikan tenaga berpanjangan.

Tips Berpuasa Dengan Shaklee

Antara minuman pemberi tenaga yang memang Kak Yong tidak tinggalkan ketika berpuasa ialah ESP dan juga Performance Drink. Sementelah Kak Yong memangkalau bersahur hanya dengan dua keping roti. Gabungan dua jenis minuman ini memang terbaik dalam membantu mengekalkan tenaga ketika berpuasa.

Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

  • ESP merupakan minuman protein soya yang mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Kandungan leptin dalam sumber protein boleh memberikan isyarat kepada badan supaya tidak berasa lapar sangat ketika berpuasa. Selain itu, kalau minum secawan memang rasa kenyang yang segera. Rasa vanilanya memang terbaik.
  • Performance Drink merupakan minuman tanpa gula perasa oren yang sedap. Mengandungi membekalkan eletrolit dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi ketika berpuasa. Ianya juga membantu mengekalkan tenaga dalam badan.

Nak sedap lagi bancuh kedua-duanya serentak. Dan minum ketika bersahur. Sangat best tau rasa vanila + oren itu. Kena cuba sendiri barulah tahu Kak Yong cakap betul ke kelentong.

 Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Cara Dapatkan Set Berpuasa

Sekiranya you all berminat untuk mendapatkan Set Berpuasa Shaklee hari ini, boleh terus buat pembelian Set Berpuasa secara Online di sini (klik). Harga sebotol Set Berpuasa ialah RM257.05 sahaja. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Set Berpuasa akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee (M).

Berita baik! Anda boleh beli Set Detoks Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee, dan terus nikmati penjimatan sehingga 20%.

WhatsApp Kak Yong di 0163964090 untuk mendaftar keahlian + pembelian Set Berpuasa Shaklee.

Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian Set Berpuasa dan produk Shaklee dari Kak Yong.

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.