Kegunaan Basic H Shaklee

Hari ini saya nak share tentang kegunaan Basic H Shaklee. Musim-musim raya dengan kenduri ini, Basic H Shaklee memang menyenangkan pembersihan kerja-kerja rumah. Antara kegunaan Basic H Shaklee ialah sebagai agen pembersih yang pelbagai guna.

Salah satu kegunaan Basic H Shaklee adalah untuk mencuci lantai. Untuk sebaldi air boleh guna dalam beberapa titik atau nak sukat satu sudu besar Basic H. Buih yang banyak serta bau yang natural memang best untuk cuci lantai. Buihnya senang dibersihkan dan dengan hanya sekali mop memang nampak lebih bersih. Paling penting ianya semulajadi dan diperbuat daripada hampas-hampas serat vitamin-vitamin lain Shaklee. Selamat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai si kecil. Bagi saya kalau sisa makanan jatuh di lantai dan Amani kutip tanpa disedari In Shaa Allah selamat tiada kesan kimia dalam badan.

Kegunaan Basic H Shaklee

Kegunaan Basic H Shaklee

Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk mencuci tingkap-tingkap dan cermin-cermin yang ada dalam rumah. Senang juga dibersihakan. Bancuh beberapa titik Basic H dalam penyembur air, kemudian spray dan lap dengan kain atau kertas surat khabar. memang bersih berseri.

Jika ada sisa-sisa karat dan terbakar pada bahagian dapur boleh dihilangkan dengan Basic H. Ini juga adalah salah satu kegunaan Basic H Shaklee yang paling mantap. Kesan-kesan minyak serta jelaga pada dapur dan bontot periuk dapat dibersihkan dengan Basic H.

Memang kegunaan Basic H Shaklee dalam membantu proses pembersihan perabot mahupun perkakasn rumah tidak dapat dinafikan lagi. Tak guna saya bercerita bagai nak rak tetapi anda di luar sana tidak mahu mencuba pun produk Shaklee ini. Kena cuba baru anda percaya bagaiaman dengan penggunaan yang teramat sedikit dapat membantu untuk membersihkan segala macam benda dalam rumah. Memang ekonomi dan sesuai untik bajet anda.