Kebaikan Tuam Bayi

Kak Yong memang daripada anak sulung tidak lepas dari melakukan rutin ini. Kak Yong tuam kesemua anak selepas mandi. Kiranya dua kali sehari selepas mandi sebelum lumurkan dengan minyak angin bagi mengelakkan kembung perut. Tuam pun Kak Yong jenis buat sendiri. Cukup mudah. Hanya campurkan dengan halba, lada hitam, jintan manis, jintan putih ke dalam kain dan diikat bunjut. Tuam itu pula turun-temurun dari abang sehinggalah kepada adiknya yang nombor empat ini. Cuma tambah-tambah sahaja bahan-bahan rempah tersebut. Sebenarnya, banyak kebaikan tuam bayi.

Kebaikan Tuam Bayi

Antara kebaikan tuam bayi yang paling utama sekali ialah membantu bayi untuk membuang angin dari dalam perut. Perasan tak, jika bayi dituam kadang-kadang mereka terkentut. Perangai anak Kak Yong pula dalam pantang, jika dituam memang suka buang air besar. Kiranya membantu juga si kecil untuk melegakan isi perut bayi.

Paling terbaik sekali bagi Kak Yong sebagai ibu, kebaikan tuam bayi ialah membantu si comel untuk tidur dengan lebih lena. Percaya atau tidak, jika perut bayi tidak dituam, mereka akan mudah meragam. Selain tuam anak Kak Yong dua kali sehari, jika bayi kadang-kadang merengek sampai kita tak tahu nak buat apa. boleh sahaja tuamkan bayi. In Shaa Allah, si kecil akan berasa selesa, tidak meragam dan akan mudah lena. Bayi lena ibu pun senang hati. bebas tekanan dan dapat tidur nyenyak.

Kebaikan Tuam Bayi

Kak Yong pasti ada juga ibu-ibu yang mempunyai jenis anak yang selalu sangat kembung atau angin pasang. Salah satu cara untuk melegakan perut bayi ialah dengan tuam perut bayi. Bagi Kak Yong bayi, memang tidak pandi untuk mengadu sakit apa. Dan paling mudah untuk kita sebagai ibu meneka jika selalu sangat menangis sudah tentulah perut si comel berada dalam keadaan tidak selesa. Anak Kak Yong pula jenis menyusu badan, jika tersalah menu yang ditelan oleh Kak Yong memang boleh membawa kepada kembung perut. Kebaikan tuam bayi memang tidak boleh dinafikan dapat melegakan kembung perut bayi.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

2 Comments

  1. arnie September 12, 2015
  2. Nurul September 14, 2015