Kebaikan Susu Ibu

Fasa menyusukan bayi adalah saat terindah dalam hidup saya. Bila anak-anak saya renung tepat ke mata semasa sedang menyusu, Ya Allah sayangnya saya kepada mereka. Nampak sangat yang ketika itu mereka amat memerlukan saya. Tidak ada orang lain dalam hidup mereka pada ketika itu.
Menyusukan bayi ini banyak kebaikan yang diperolehi sama ada kepada ibu mahupun bayi. Kandungan susu ibu itu sendiri Allah jadikan dengan begitu sempurna dan lengkap sekali untuk tumbesaran anak anda. Antara kandungan susu ibu ialah :
  • PROTEIN DALAM SUSU IBU yang sempurna untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Mudah dihadam dan memberi bekalan nutrien yang cepat kepada bayi. Itulah sebab mengapa bayi yang menyusu ibu ini kerap menyusu. Kadang-kadang sejam sekali. Macam tak kenyang pun ada kita tengok. Tapi jangan risau susu ibu itu buat bayi cepat kenyang dan cepat hadam untuk tumbesarannya. Selain itu, kandungan protein dalam susu ibu tidak dipengaruhi pemakanan atau diet yang diambil oleh ibu. Sungguh elok ciptaan- Nya kan
  • KOLUSTRUM DALAM SUSU IBU yang sememangnya diketahui ramai mempunyai antibodi yang tinggi. Ia mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit seperti alahan, lelah, ekzema, cirit-birit dan jangkitan virus. Seelok-eloknya ibu-ibu menyusukan bayi dalam tempoh sejam selepas melahirkan. Kandungan kolustrum adalah paling tinggi untuk 3 hari pertama kelahiran. Itu sebabnya anda tengok susu pertama anda berwarna kekuningan dan agak pekat.
  • LEMAK DALAM SUSU IBU yang mana ianya sangat baik untuk pekembangan otak dan penglihatan bayi
  • KARBOHIDRAT DALAM SUSU IBU membantu penyerapan kalsium, menghalang pertumbuhan organisma atau kuman bebahaya dalam usus dan membekalkan gula untuk perkembangan otak bayi.
Antara kebaikan yang diperolehi oleh ibu yang menyusukan bayi ialah :
  • Mengurangkan risiko ibu mendapat penyakit barah seperti barah payudara, barah ovari dan barah endometrium yang sememangya diketahui ramai bahawa barah-barah ini merupakan pembunuh nombor satu wanita di dunia
  • Menjimatkan masa dan wang. Tidak perlu beli botol susu dan susu formula. Yang paling best kalau keluar jalan-jalan tak payah nak susah-susah siapkan botol susulah, termos serta bekalan susu bayi anda
  • Perancang keluarga semulajadi jika ibu-ibu mengamalkan penyusuan ekslusif kepada bayi dalam tempoh enam bulan sahaja
  • Membantu mengecutkan rahim-rahim ibu-ibu kerana penyusuan susu ibu merangsang hormon oksitiosin.
Kebaikan kepada bayi ialah :

(Sumber : Majalah Rapi 15 Ogos 2013)
Sememangnya banyak kebaikan yang dapat diperolehi dengan menyusukan bayi secara eksklusif ini. Untuk memastikan ibu-ibu dapat menjayakan proses penyusuan ini selama dua tahun. Ibu-ibu kenalah banyak berdoa semoga Allah memurahkan rezeki susu anak kita dan mengamalkan pemakanan yang seimbang supaya badan kita sentiasa sihat dan tidak mudah berasa letih serta tertekan. Ibu-Ibu boleh mencuba mengambil supplement tambahan bagi memastikan kesihatan ibu-ibu sentiasa tip top.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk pertanyaan sila hubungi


Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin

Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.



SMS | WhatssApp : 0163964090

Shaklee ID : 864934