Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Kak Yong adalah pengguna tegar Set Penyusuan Shaklee selama hampir 4 tahun. Tahun ini masuk tahun kelima. Antara kandungan vitamin yang ada dalam Set Penyusuan Shaklee ialah Vitalea, B Complex, Sustained Released Vita-C Plus, Omega Guard, Alfalfa Complex, Ostematrix dan juga ESP. Banyak kebaikan Set Penyusuan Shaklee yang boleh Kak Yong dapat untuk diri sendiri mahupun si comel. Artikel ini hanyalah pandangan peribadi Kak Yong tentang kebaikan Set Penyusuan Shaklee.

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Paling utama kebaikan Set Penyusuan Shaklee ialah membekalkan segala jenis zat dan khasiat yang diperlukan oleh Kak Yong dan juga bayi. Dengan adanya zat vitamin tambahan yang mencukupi dalam diet Kak Yong, maka susu yang terhasil juga cukup zat serta antibodi untuk diberikan kepada si kecil. Kak Yong mengaku suka juga makan jenis merapu dan tidak mempunyai komitmen yang kuat bagi memastikan setiap hidangan makanan harian mempunyai zat vitamin yang lengkap. Oleh sebab itu, dengan mengambil Set Penyusuan Shaklee maka Kak Yong dan bayi akan dapat cukup khasiat yang diperlukan oleh tubuh dan juga susu bayi.

Selain itu, Set Penyusuan Shaklee juga membantu Kak Yong untuk mengekalkan berat badan ideal. Kak Yong faham, ibu yang menyusukan bayi ini memang kerap lapar dan suka sangat mengunyah. Dengan adanya Omega Guard yang fungsinya meningkatkan kandungan DHA serta asid lemak di dalam susu ibu, ianya juga membantu untuk membakar lemak dalam badan. Selain itu, ESP juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama bagi mengelakkan Kak Yong makan dengan banyak. Jika terasa lapar, ESP juga boleh dijadikan kudapan ringan yang menyihatkan.

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Bonus kepada pengamal tegar Set Penyusuan Shaklee ini tanpa disedari kulit anda akan semakin cantik. Ramai ibu -ibu yang pengamal tegar ESP dan Vita-C Plus terkejut dengan perubahan kulit mereka yang semakin licin, cerah, muda dan berseri. Selain itu, Omega Guard yang kaya dengan minyak ikan juga mengurangkan radang pada kulit yang sensitif. Memang banyak testimoni bergerak Shaklee tentang penggunaan Set Penyusuan Shaklee yang membawa kepada kecantikan. Kak Yong pasti ramai yang di luar sana impikan kulit yang cantik, halus dan mulus. Cantik berseri adalah salah satu kebaikan Set Penyusuan Shaklee yang dapat anda perolehi.

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee juga membantu ibu-ibu untuk membuat stok susu sebelum kembali bekerja. Sebenarnya, susu ibu yang banyak akan terhasil jika ibu-ibu mengikut jadual pengepaman yang telah ditetapkan. Jangan culas memenuhi waktu sesi mengepam. Sebenarnya, susu yang terhasil akan lebih banyak jika kita kerap mengosongkan payudara sama ada secara direct feeding ataupun mengepam susu. Konsep supply vs demand haruslah dipatuhi dalam usaha untuk menghasilkan bekalan susu yang banyak.

Paling best sekali, antara kebaikan Set Penyusuan Shaklee ialah ianya membantu Kak Yong untuk kekakl cergas dan bertenaga. Mengurangkan juga masalah lenguh-lenguh dan sengal-sengal otot. Sebagai ibu bekerja dan juga pumping mother, Set Penyusuan Shaklee memang begitu membantu Kak yong untuk kekal bertenaga tanpa stress. Ini adalah kerana tekanan yang berlebihan akan membuatkan pengaliran susu terganggu. Oleh sebab itu, badan Kak Yong In Shaa Allah akan kekal bertenaga dan sihat apabila cukup segala jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan sehari-hari.

 Pembelian Set Penyusuan Shaklee melalui kad kredit juga boleh dilakukan dengan sekali klik dan boleh hubungi Kak Yong untuk konsultansi dengan memberikan nombor invoice.

buy now

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com