Kebaikan Pengambilan Protein Dalam Diet Harian

Entri ini sudah lama Kak Yong rangka dan baru berkesempatan untuk publish dengan sedikit pindaan bagu ummphh sedikit. Kak Yong hendak berkongsi dengan semua tentang kebaikan pengambilan protein dalam diet harian. Selain ESP, antara sumber diet tinggi protein ialah makanan seperti kekacang, telur, daging, ayam serta sumber makanan laut.

Mengurangkan rasa lapar serta memberikan rasa kenyang lebih lama.

Sumber protein adalah makanan yang paling sesuai diambil ketika diet. Ini adalah kerana protein membantu menurunkan hormon greline yang memberikan rasa lapar serta meningkatkan hormon peptide yang membuatkan kita rasa kenyang dengan lebih lama. Protein adalah salah satu alternatif yang sesuai bagi menggantikan makanan yang tinggi karbohidrat.

ESP memang sesuai sangat untuk ibu menyusu yang sedang diet kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama, sebagai kudapan yang lebih sihat, menjaga kesihatan tulang si ibu serta membantu menurunkan atau mengekalkan berat badan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Kebaikan Pengambilan Protein Dalam Diet Harian

Mengelakkan otot menjadi geleber bagi mereka yang berdiet dan telah berjaya kurus

Kepada mereka yang sedang berdiet, pengambilan protein membantu mengelakkan otot-otot badan daripada menjadi geleber dan menjadi kurang cantik akibat daripada proses diet. Kehadiran protein juga membantu dalam membina otot badan menjadi kuat dan tegap.

Makan banyak protein juga menambahkan metabolisme badan dan membakar lebih kalori dalam badan

Protein juga membantu meningkatkan metabolisme badan. Pengambilan kalori melalui protein dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan lebih efektif. Selain itu, kadar penurunan berat badan akan menjadi lebih konsisten. Apabila telah berjaya menurunkan berat badan, kesan YOYO jarang berlaku jika pengambilan protein diteruskan dalam diet harian. Selain itu, kehadiran protein juga membuatkan nafsu makan benda-benda manis dan juga makan larut malam juga dapat dikawal.

Kebaikan Pengambilan Protein Dalam Diet Harian

Membantu penyembuhan luka sama ada secara pembedahan mahupun luka akibat jerawat di muka

Tahukan semua yang makanan untuk sel adalah protein. Jika kita melakukan pembedahan, sumber protein membantu dalam menyembuhkan sebarang luka dengan lebih cepat. Dalam proses bersenam juga, jika otot terkoyak, protein membantu menyembuhkan otot dengan lebih cepat.

Selain itu, antara kebaikan protein juga membantu mengawal tekanan darah tinggi, menjaga kesihatan tulang, mengurangkan gejala osteoporosis  serta menjadikan tubuh badan yang lebih sihat pada usia emas.

Ini semua adalah sebab kenapa Kak Yong amalkan ESP hari-hari. Sumber protein ESP wajib dijadikan rutin minuman harian. Selain itu, Kak Yong juga suka makan ikan dalam menu setiap hari. Dengan protein