Kebaikan Iodin Kepada Kanak-kanak

Dalam formula baru Vitalea For Children terdapat zat iodin. Ramai yang tidak mengetahui lagi tentang khasiat iodin. Yang ibu-ibu tahu kalau kurang iodin itu yang kena penyakit beguk. Mulalah biru pipi kena nila. Sebenarnya banyak kepentingan iodin kepada kanak-kanak.

Kebaikan Iodin Kepada Kanak-kanak

Zat iodin banyak terdapat dalam sumber makanan laut seperti ikan udang, telur, daging, sayur-sayuran serta hasil tenusu. Iodin penting bagi memastikan kelenjar tiroid menjalankan fungsi merembeskan hormon tiroid untuk mengawal kadar metabolisme, perkembangan mental serta fizikal yang normal. Iodin disimpan dalan kelenjar tiroid kemudian bergabung dengan asid amino tiroksin untuk menghasilkan hormon. Kesimpulan paling mudah jika tidak cukup iodin, penghasilan hormon tiroid juga terganggu yang menjejaskan sistem fungsi anggota badan.

Antara kebaikan iodin kepada kanak-kanak ialah menyeimbangkan penghasilan hormon tiroid. Hormon tiroid ini akan membantu untuk mengawal pertumbuhan dan pembentukan tulang, akil baligh serta fungsi badan kanak-kanak ketika dalam peringkat tumbesaran. Ianya membantu sel menukarkan tenaga dalam badan bagi memastikan perkembangan tumbesaran yang normal.

 

Kebaikan Iodin Kepada Kanak-kanak

Selain itu, terdapat kajian menyatakan bahawa kekurangan iodin akan merencatkan perkembangan otak kanak-kanak. Walaupun kepentingan iodin tidaklah sehebat DHA dan Omega 3 alam perkembangan otak, namun kekurangan idoin akan merencatkan perkembangan otak. Tahap IQ juga akan berkurangan. Oleh sebab itu, bagi memastikan tahap IQ yang tinggi, pengambilan iodin harus dititik-beratkan. Kesimpulanya, dengan pengambilan Vitalea For Children secara konsisten, Kak yong dapat menjamin bekalan iodin yang mencukupi untuk perkembagan mental dan fizikal serta tumbesaran yang normal untuk anak-anak Kak Yong.

 

 

5 Comments

  1. ikhwan March 6, 2015
  2. Suriya March 6, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  3. Noriza Rahman March 9, 2015
    • Azimah March 10, 2015