Kebaikan Halia

Halia banyak digunakan dalam masakan melayu, cina mahupun india. Menu Kak Yong yang ada halia sudah tentulah sup tulang, sup ikan atau ayam kegemaran kami sekeluarga, kari mahupun daging masak halia. Masih ramai yang tidak menyedari kebaikan halia. Jika tidak bagus, mana mungkin Shaklee hasilkan peppermint ginger yang senang dan mudah untuk ditelan.

Antara kebaikan halia paling utama ialah melegakan simptom loya-loya atau morning sickness ibu hamil. Amalkan minum the halia pada waktu pagi, in shaa Allah rasa loya mahupun mual akan berkurangan. Ramai juga kawan-kawan Kak yong yang ada alahan mengamalkan Peppermint Ginger setiap hari.

Jika rasa sengal-sengal otot akibat aktiviti senaman atau regangan otot yang melampau boleh juga amalkan makan halia. Halia membantu memberikan kelegaan kepada kesakitan badan mahupun otot. Jika tidak, takkanlah berlambak-lambak losyen yang mengandungi halia di pasaran yang bertujuan untuk memberikan kelegaan kepada kesakitan.

Kebaikan Halia

Risiko diabetes mahu sakit jantung juga semakin berkurangan jika anda penggemar tegar halia. Kebaikan halia ialah terdapat kajian bahawa bacaan gula dalam badan akan berkurangan sebanyak 10% dengan mengamalkan halia secara konsisten selama 12 minggu.

Rasa tidak selesa pada perut akibat masalah pencernaan boleh mengambil cara alternatif dengan mengamalkan sup halia ketika perut kosong. In Shaa Allah akan membantu menyelesaikan masalah pencernaan anda. Kepada wanita yang mempunyai simptom PMS, pengambilan halia akan juga menolong melegakan symptom mual, sakit kepala serta senggugut. Memang istimewa sungguh kebaikan halia kepada masalah bulanan wanita.

Dari segi kesihatan, belum ada kajian yang nyata bahawa mengamalkan halia dapat mengelakkan sakit kanser. Walau bagaimanapun, tidak salah untuk mencuba home remedy ini bagi mencegah sakit kanser. Selain itu, kebaikan halia ialah ianya juga membantu merendahkan bacaan kolesterol jahat dalam badan. Sesiapa yang tinggi koleterol wajib cuba amalkan halia.

Kebaikan Halia

Sebenarnya, kalau Kak Yong disuruh telan halia itu sendiri, belum tentu Kak Yong mampu. Sebabnya halia rasanya agak kuat sikit, kelat serta pedas. Bergantung jika anda memang penggemar tegar halia, memang boleh makan begitu sahaja. Walau bagaimanapun, pilihan Kak Yong sudah tentu Peppermint Ginger dari Shaklee.

 

6 Comments

  1. Hero Borneo March 5, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  2. ikhwan March 6, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  3. Adam March 10, 2015
    • Azimah March 22, 2015