Kebaikan Asid Folik

Masa kecil dulu saya selalu tengok kartun Popeye. Dia suka makan bayam. Selalu kalau Popeye tu makan bayam sahaja dia mesti jadi kuat boleh lawan Bluto tu. Apa kena-mengena pula bayam dengan asid folik. Bayam merupakan sayuran hijau yang sememangnya mempunyai kandungan asid folik yang banyak. Setengah cawan bayam yang dimasak mempunyai 131mcg bekalan asid folik. Asid folik ni juga diperlukan oleh Popeye untuk membina otot, menjadikannya kuat dan Popeye yang lemah tadi boleh cergas seperti biasa. Semua ini memerlukan bekalan Asid Folik yang tinggi. 
 
 
 
Itu adalah contoh paling mudah betapa pentingnya asid folik kepada tubuh badan kita. Mungkin anda tak sedar yang tubuh badan kita setiap saat menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama. Tanpa bekalan asid dolik yang mencukupi proses ini tidak lengkap dan sel-sel baru yang dihasilkan tidak elok dan tidak melengkapi antara satu sama lain. 
 
Siapa yang berisiko untuk mengalami kekurangan asid folik :
 
  • Perempuan yang mengandung kerana bayi anda mengalami pertumbuhan yang cepat dan memerlukan bekalan asid folik yang tinggi. Selain itu, ia boleh mengelakkan kecacatan sumbing bayi
  • Perempuan yang menyusukan bayi yang mana banyak asid folik diberi kepada bayi anda ketika menyusu. Jika anda tidak mengambil bekalan asid folik yang mencukupi…kesian bayi anda pun tak cukup zat untuk membesar
  • Pengguna alkohol kerana alkohol menghalang pnyerapan asid folik. Oleh sebab itu, lebih tinggi asid folik diperlukan
  • Perokok tegar kerana kajian telah membuktikan yang perokok sememangnya rendah bekalan vitamin B
  • Mengambil pil perancang  kerana pil akan merendahkan kandungan vitamin B dalam badan
  • On medication untuk penyakit sawan, Urinaray track infection (UTI) dan pengambilan antibiotik
  • Umur melebihi 65 tahun kerana penyerapan asid folik dari makanan akan bertambah perlahan masuk ke dalam sistem badan
 
Asid folik boleh diperolehi dari sumber haiwan seperti hati ayam. Kebanyakan sumber asid folik adalah dari tumbuh-tumbuhan seperti asparagus yang dimasak, bayam, gandum dan pelbagai jenis kekacang. Antara kebaikan asid folik ialah :
 
  • Untuk kesihatan bayi dalam kandungan. Kajian telah membuktikan dengan pengambilan asid folik lebih dari 400mcg sehari, masalah spina bifida kepada bayi yang baru lahir. Ia juga dapat mengelakkan masalah sumbing bibir.
  • Mengurangkan serangan jantung. Tahukah anda yang serangan jantung kebanyakannya bukanlah dari pesakit yang mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Tetapi kebanyakkan berlaku kerana arteri yang mengangkut darah ke jantung telah tersumbat. Dengan pengambilan asid folik masalah ini dapat dikurangkan. Dapat menstabilkan tekanan darah. Kajian juga membuktikan dengan pengambilan asid folik setiap hari telah mengurangkan risiko mengidap darah tinggi
  • Kajian pada tahun 2002 membuktikan bahawa dengan pengambilan asid folik yang kerap dapat mengurangkan risiko stroke
  • Pelbagai kajian juga telah dijalankan yang mana asid folik juga dapat mengelakkan kanser seperti, kanser kolon, kanser servik dan kanser payudara
  • Masalah kemurungan (tekanan) juga dapat diatasi dengan pengambilan asid folik yang tinggi
 
 
Kekacang Sumber Asid Folik Semulajadi
 
Jadi, jom dapatkan bekalan ASID FOLIK anda hari in. Vitamin B Complex Shaklee memang lengkap dengan kesemua Vitamin B yang diperlukan oleh badan beserta dengan asid folik 🙂
 
B Complex yang lengkap dengan Asid Folik

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934