Kebaikan Amalkan Green Smoothies

Kak Yong pertama kali mencuba green smoothies bulan Ramadhan yang lepas. Ini pun selepas terjebak masuk satu program kurus. Rata-rata participants memang berkobar-kobar nak cuba selepas dengar testimoni kata sedap. Dalam hati Kak Yong sedap ke? Tak ke pelik blender makan sayur nampak hijau sahaja? Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta 🙂

Kebaikan Amalkan Green Smoothies

Celebrities Yang Gilakan Green Smoothies

Ramai juga celebrities barat yang memang amalkan minum green smoothies setiap hari. Antara celebrities barat yang memang amalkan minum Green Smoothies setiap hari dan siap ada pakar pemakanan lagi untuk mengawal ramuan di dalamnya ialah Kim Kardashian, Jennifer Garner, Ema Roberts, Anne Hathaway, Miranda Kerr dan ramai lagilah.

Kebaikan Amalkan Green Smoothies

Ramuan Asas Pelbagai Sayuran Daun Hijau

Secara basicnya udah namanya green smoothies, bahan utamanya sudah tentulah sayuran dedaun hijau. You all boleh cuba sayuran hijau seperti salad cameron, bayam muda, romaine salad, iceberg salad, pegaga, sawi pak choy tu dan pelbagai lagi. Sayuran ini mudah sahaja didapati di pasar raya atau kedai runcit.  Yang penting kena try and error dan rasa sesuai dengan tekak you all.

Kebaikan Amalkan Green Smoothies

Antara Kebaikan Amalkan Green Smoothies Setiap Hari

  • Hidangan yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Sayuran hijau mempunyai banyak khasiat vitamin yang diperlukan oleh badan
  • Sumber serat terbaik untuk memastikan kelancaran proses pembuangan waktu pagi dan memelihara kesihatan usus
  • Membantu menyingkirkan toksin berlebihan dalam badan. Kesannya kulit, kuku dan rambut akan menjadi lebih sihat.
  • Menguatkan sisitem imunisasi badan
  • Membantu dalam proses penurunan berat badan, kerana hidangan ini tinggi fiber yang memberikan rasa kenyang lebih lama serta rendah kalori.

Kebaikan Amalkan Green Smoothies

Resepi Asas Green Smoothies 

Bahan paling banyak sudah tentulah sayuran hijau. Bagi memberikan rasa lemak boleh campur dengan susu segar atau minuman protein. Untuk memberikan rasa manis boleh campur dengan sedikit buah-buahan seperti kurma, epal, nanas, strawberi, buah naga, mangga dan sebagainya. Sukatan yang biasa Kak Yong amalkan ialah :

  • Sayuran daun hijau (Kak Yong suka butterhead salad) 50g
  • Buah-buahan (Kak Yong suka mangga) 35g
  • Susu segar 100ml atau satu scoop minuman protein ESP

masukkan dalam pengisar dan minum. Kalau suka sejuk boleh tambah ais ketul ketika mengisar. Konsepnya hendak ambil banyak sayur dan kurangkan manis buah. Hidangan ini memang tinggi serat dan rendah kalori. Sesuai untuk mereka yang dalam proses turunkan berat badan. Boleh diambil sebelum tidur atau selepas hidangan lengkap sarapan pagi.

Untuk you all yang sukakan makanan sihat dan cara mudah untuk bantu kekalkan berat badan, jangan lupa amalkan minum Green Smoothies setiap hari

DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com