Jus Sitrus Yang Berkhasiat

Kak Yong nak kongse resepi jus sitrus yang berkhasiat yang boleh didapati dalam Majalah Rapi keluaran Mac 2015.

  • 1 Biji Lobak Merah
  • 1 Biji Grapefruit yang dibuang kulit
  • 1/2 biji Lemon

Cara penyediaan :

  • Bersihkan bahan-bahan di atas.
  • Potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam pengisar
  • Kisar sehingga sebati
  • Tambah air suam
  • Gula / madu secukup rasa
  • Ais batu jika suka yang sejuk

Jus sitrus yang berkhasiat ini membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko sesetengah kanser kerana tinggi antioksida.

Jus Sitrus Yang Berkhasiat

Antara khasiat Grapefruit :

  • kaya dengan antioksidan seperti flavanoid dan lycopene yang berfungsi untuk melawan radikal bebas
  • ada kajian menyatakan ia turut menjadi pelindung kepada kanser prostat
  • sesuai diambil oleh pesakit diabetes
  • menghilangkan rasa letih dan lesu

Khasiat lobak merah pula :

  • kaya dengan beta karotena untuk kesihatan mata
  • mengandungi vitamin A, C, B, E, D dan K

Jus Sitrus Yang Berkhasiat

Manakala khasiat buah lemon pula :

  • memberikan tenaga tambahan
  • mengurangkan stress / tekanan pada sistem saraf dan juga minda
  • mengurangkan sakit gigi
  • penawar selesema yang mujarab
  • serat pectin memberikan rasa anti lapar yang membantu dalam penurunan berat badan

10 Comments

  1. TehR March 8, 2015
    • Azimah March 22, 2015
  2. Noriza Rahman March 9, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  3. Oja Samid March 9, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  4. SaniYunus March 10, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  5. Adam March 10, 2015
    • Azimah March 22, 2015