Jus Detox Buah Naga

Proses detox ini menyingkirkan toksin-toksin yang terkumpul di dalam organ badan yang disebabkan oleh kesan radikal bebas pada persekitaran, diet yang tidak sihat serta cara hidup  moden yang semuanya hendak cepat dan segera sahaja. Antara kelebihan detox ini ialah untuk memastikan organ-organ dalam badan seperti perut dan juga hati berfungsi dengan baik, meningkatkan fungsi otak serta memastikan cara hidup yang lebih sihat. Apabila kurangnya toksin dalam badan keinginan untuk makan benda manis, merokok dan alkohol juga akan semakin berkurangan. Resepi jus detox buah naga ini Kak Yong dapat daripada Majalah Rapi Mei 2015.

Bahan- bahan resepi Jus Detox Buah Naga :

  • 1 bii buah naga
  • 1 biji buah epal
  • sedikit yogurt

Cara penyediaan :

  • Bersihkan buah-buahan tersebut
  • Potonng buah kecil-kecil dan masukkan ke dalam mesin pengisar
  • Kisar buah tersebut sehingga terhasilnya jus
  • Campurkan dengan sedikit yogurt
  • Tuang ke dalam gelas bersih
  • Boleh masukkan ais kalau suka

Jus Detox Buah Naga

Bagusnya resepi jus detox buah naga ini kerana buah naga baik untuk sistem penghadaman, boleh mencegah kanser, menurunkan lemak dalam badan, zat besi untuk tambah darah serta pelbagai vitamin B untuk meningkatkan metabolisme badan dan juga vitamin C untuk kecantkan kulit.

Manakala, buah epal tinggi fiber bagi melancarkan penghadamab, kandungan antioksidan untu memelihara kesihatan jantung serta mencegah strok dan menghalang penyakit kronik seperti kanser usus, kanser paru-paru dan juga kanser prostat. Yogurt pula kaya dengan vitamin D untuk kesihatan tulang dan mengawal tekanan darah tinggi. Kandungan probiotik dalam yogurt juga membantu melawan bakteria jahat dalam sistem pencernaan.

Kalau hendak cuba cara paling mudah untuk detox dengan Shaklee, Kak Yong sarankan :

Jus Detox Buah Naga

  • Herblax yang merupakan julap lembut bagi menyingkirkan toksin dalam sistem pencernaan. Membersihkan usu-usu dengan mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang tersekat dengan bahagian usus. Elok diamalkan kepada mereka yang sukar membuang dan mengalami masalah sembelit.
  • Alfalfa Cmplex pula menyingkirkan toksin dalam darah yang disebabkan oleh tindak balas radikal bebas serta diet pemakanan yang kurang sihat. Elok diamalkan sehari-hari. Jika darah bebas toksin, sudah tentu organ-organ badan berfungsi dengan lebih baik
  • DTX Complex pula menolong menyingkirkan toksin dalam organ hati. Kesihatan hati penting kerana di sinilah tempat darah dihasilkan untuk diangkut ke seluruh sistem badan. Sesuai diambil oleh sesiapa sahaja. Disyorkan untuk mereka yang suka tidur lewat, berjaga malam serta terpaksa melakukan pekerjaan mengikut shift. Kerana hati menyingkirkan toksin bermula pada pukul 11 malam. Jika lewat tidur, hati tidak dapat menyingkirkan toksin tersebut.

Jus Detox Buah Naga

2 Comments

  1. Noriza Rahman June 9, 2015
  2. titan June 11, 2015