Jatuh Cinta Dengan ESP.

Antara poduk terawal sekali yang saya cuba adalah ESP. Sebelum saya jatuh cinta dengan ESP, saya memang bukan penggemar soya. Minum sikit sahaja rasa nak termuntah. Walau bagaimanapun, saya memang suka bau soya…memang wangi sahaja. Alah…zaman dahulu bukan kenal kota soya ESP Shaklee pun. Dari zaman kanak-kanak kenal dengan soya Y*os sahaja.

Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee

Selepas bersalinkan Yasmin hampir 6 bulan, saya pun mengambil keputusan untuk cuba sebarang produk untuk tambahkan production susu. Ini adalah disebabkan ingin membuat stok susu tambahan bersempena dengan bulan puasa yang bakal tiba. Ini kes takut stok susu merundum di tengah-tengah bulan puasalah. Hasil carian di internet saya pun mengorak langkah pertama saya dalam mengenal set penyusuan Shaklee dan juga ESP.

Saya jatuh cinta dengan ESP pada mulanya hanya semata-mata anak saya Yasmin. Biasalah, naluri seorang ibu yang sanggup buat apa sahaja untuk anaknya. Walaupun, minum sesuatu yang bakal membuatkan saya termuntah. Saya cuma bancuh soya dengan air suam sahaja. Just plain soya. Tiada campur apa-apa pada mulanya.Pada awal pengambilan, memang ada rasa seperti nak termuntah. Tetapi dengan pengambilan setiap hari, rasa soya itu jadi imun pula.

Kebaikan ESP

Kebaikan ESP

Alhamdulillah, dengan pengambilan Set Penyusuan Shaklee yang turut mengandungi ESP saya berjaya meneruskan sesi penyusuan Yasmin sehingga berusia setahun 6 bulan dan terpaksa dihentikan awal kerana mengalami early contraction. Sehingga ke hari ini, memang saya mesti ambil ESP sebelum pergi ke tempat kerja. Kiranya early breakfast. kalau tak sempat braekfast, In Shaa Allah kenyang sampai waktu lunch. Dulu plain ESP, tetapi sekarang dah improve sikit. Tambah dengan Collagen Powder dan juga Performance Drink. Ader rasa-rasa oren vanila macam smoothie gitu….

Saya jatuh cinta dengan ESP ini kerana boleh nampak kesan parut demam campak lama di muka semakin berkurangan, muka kelihatan cerah dan berseri serta memberikan tenaga segera yang berpanjangan. Kepada mereka di luar sana, yang mencari-cari produk untuk tambah tenaga dan juga kecantikan ESP mungkin jawapan bagi anda. mana tahu, andu juga bakal jatuh cinta dengan ESP macam saya.