Hilangkan Kulit Berminyak Dengan Putih Telur

Ada yang tercari-cari petua mudah dari dapur untuk hilangkan kulit berminyak. Adik-adik remaja mesti suka Kak Yong kongsikan cara yang mudah dan murah ini. Amalkan secara konsisten, In Shaa Allah boleh kurangkan kulit berminyak.

Gunakan putih telur juga selamat pada kulit. Al-maklum sahajalah kulit remaja ini sangat lembut dan sensitive. Kalau salah pakai produk kena tanggung akibat kulit rosak, merah dan pedih. Sayangilah kulit you all.

Hilangkan Kulit Berminyak Dengan Putih Telur

Telur kaya dengan Vitamin A. Vitamin A adalah vitamin tinggi antioksidan yang memang sinonim sangat dengan kecantikan kulit. Ambil sebiji putih telur dan pukul sampai gebu. Lumurkan di kulit muka dan biarkan ianya kering. Bilas dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

Hilangkan Kulit Berminyak Dengan Putih Telur

Cara yang satu lagi menggunakan putih telur bersama jus lemon. Campurkan sebiji telur putih dengan setengah biji jus lemon. Pukul sehingga gebu. Sapukan di muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam. cara ini booleh juga memutihkan kulit disebabkan kandungan jus lemon.

Jangan lupa mencuba tips kurangkan kulit berminyak dengan putih telur ini.