GLA Bantu Stabilkan Hormon

Setiap orang ada hormon. Tidak kira lelaki atau perempuan, orang dewasa atau remaja. Hormon adalah isyarat kimia dalam badan yang mengawal dan menyelia apa sahaja tindak balas yang berlaku dalam badan. Hormon membantu dalam menstabilkan pengaliran darah, tekanan darah serta degupan jantung. Selain itu, hormon juga mengawal tumbesaran, kitaran tidur, bacaan gula dalam badan, fungsi seksualogi dan banyak lagi. Tapi yang paling penting hormon juga mengawal emosi diri. Itulah kadang-kadang wanita bila sahaja datang bulan memang sukar dibaca perasaan. Hormon tengah bercelarukan.
 
Hormon Prolaktin Ibu Menyusu Melebihi Hormon Estrogen
 
 
Wanita yang selepas melahirkan bayi juga mengalami masalah hormon. Hormon prolaktin dalam badan melebihi hormon estrogen. Itu sebabnya kadang-kadang ada masalah ‘kedinginan’. Wanita yang menyusukan bayi mereka secara eksklusif juga ada yang tidak didatangi haid. Ini menambahkan kesukaran mereka dalam mengagak waktu kesuburan. Bagi mengelakkan masalah ini ada juga yang mengamalkan pelbagai kaedah pil perancang.
 
Saya nak share pengalaman sendiri bagaimana GLA Complex membantu dalam menstabilkan hormon saya selepas bersalin. Sebelum ini, sememangnya saya mempunyai masalah period tidak teratur. Ketika sekolah period saya hanya datang 4 atau 5 bulan sekali. Jika saya cuti solat, tak join berjemaah di sekolah asrama, semua orang akan sibuk-sibuk bertanya. Haaa, kan terbukti betapa saya ini memang antara orang yang tidak diberi kesempatan untuk bercuti setiap bulan. Bila saya amalkan GLA Complex, memang period saya teratur sahaja. Sehinggalah saya berhenti amalkan GLA Complex kerana mengandung.
 
GLA Complex Stabilkan KItaran Haid
 
 
Selepas bersalinkan Amani, darah nifas saya tidak mahu berhenti. Asyik meleret-leret dalam kuantiti yang banyak sehinggalah hari ke 60 pun tidak mahu berhenti. Masalah timbul bila ketika itu sudah bermula bulan Ramadhan. Jika selepas 60 hari sudah dikira darah istihadah. Saya memang solat setelah lebih dari 60 hari. Kemudian saya tekad untuk mula consume GLA Complex. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita mahupun lelaki.
 
Alhamdulillah masuk hari ke 70 darah nifas sudah mula kering. Dan ketika ini saya masih lagi consume GLA Complex. Amani sudah masuk 7 bulan pun saya belum lagi period. Saya juga telah mula mengamalkan pengambilan pil perancang Noriday sebulan yang lepas. Saya mula perasan emosi saya macam kurang stabil sedikit. Mudah tertekan dan marah-marah. Saya harap ini cuma kesan jangka masa pendek sahaja. Untuk mengelakkan emosi yang kurang stabil saya tambah B Complex dalam rutin harian. Kalau miss makan B Complex memang rasa tertekan.
 
Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu – Noriday
 
 
Jadi, kepada ibu-ibu di luar sana yang mahu mencari supplement yang boleh membantu mengawal selia hormon dalam badan, GLA Complex adalah solusi terbaik untuk masalah anda.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934