Gatal Kulit Ketika Mengandung

Mengandung kali ini Kak Yong mengalami kegatalan kulit. Sebelum ini, memang tidak pernah naik ruam mahupun gatal kulit ketika mengandung. Ingatkan gatal ketika mengandung hanyalah perkara biasa, namun jika tidak diawasi boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.

Sebenarnya, gatal kulit ketika mengandung adalah perkara normal. Namun, perlukan pengawasan sepanjang tempoh kehamilan. Simptom kegatalan ini akan bermla seawal 6 minggu dan berakhir selepas sahaja proses kelahiran. Punca kegatalan, masih tidak dapat dikenal pasti.

Walaupun begitu, ada yang menyatakan bahawa gatal kulit ketika mengandung adalah disebabkan oleh perubahan hormone dalam badan. Kegatalan akan semakin ketara jika berada di bawah cahaya matahari. Hormon estrogen yang berlebihan ketika mengandung akan menyebabkan rasa gatal pada kulit.

Gatal Kulit Ketika Mengandung

Kak Yong sendiri mengalami gatal kulit ketika mengandung bermula dari trimester kedua. Gatal di bahagian tapak kaki dan juga betis. Macam kena gigit nyamuk, padahal tiada apa pun. Cara untuk melegakan kegatalan, Kak Yong sapukan herbal blend. Memang membantu mengurangkan proses kegaruan. Lama-kelamaan rasa gatal kulit pun hilang.

Masuk sahaja minggu ke 24 naik pula ruam di sekitar belakang bahu Kak Yong. Memang gatal sungguh. Nasib baik kerja di tempat penghawa dingin. Jika tidak, alamatnya sudah semacam beruk tergaru-garu di Pejabat. In Shaa Allah kali ini juga, herbal blend menjadi rutin untuk disapu.

Gatal Kulit Ketika Mengandung

Tetapi, suka Kak Yong hendak mengingatkan ibu hamil yang mengalami masalah gatal kulit ketika mengandung ini. Jika, anda mengalami kegatalan melampau, menggaru sehingga melecet dan mengelupas kulit walaupun tiada tanda ruam mahupun digigit serangga, elok kiranya berjumpa dengan doktor.

Terdapat sejenis penyakit yang digelar kolestasis intrahati kehamilan (ICP) yang boleh membawa kematian kepada bayi yang dikandung. Puncanya  terjadi apabila hormon kehamilan mengganggu kemampuan hati untuk menmgankut asid hempedu di dalam darah. Toksin yang terkumpul dalam asid hempedu akan menyebabkan kegatalan serta memberika kesan buruk kepada jantung bayi. Jumpalah doktor dan lakukan pemeriksaan jika kegatalan yang dialami semakin teruk.

8 Comments

  1. Hafizul February 10, 2015
    • Azimah February 10, 2015
  2. Dr Fattah February 10, 2015
    • Azimah February 11, 2015
  3. Noriza Rahman February 11, 2015
    • Azimah February 11, 2015
  4. nur razali December 2, 2015
    • Azimah December 2, 2015