Fadhilat Puasa Isnin dan Khamis

Kebetulan hari ini hari Khamis, Kak Yong nak kongsi tentang fadhilat puasa Isnin dan Khamis. Puasa Isnin atau khamis sunat dilakukan. Ianya tidaklah wajib. 

Tahukah anda yang di barat telah mula memperkenalkan diet 5-2. Yang mana berpuasa selama 2 hari dan 5 hari makan dalam seminggu. Sumber ini pun Kak Yong dapat daripada blog Shafiqolbu. Orang Barat telah melakukan kajian bahawa dengan berpuasa selama dua hari seminggu mampun mengurangkan risiko pelbagai penyakit kritikal serta membawa kesan awet muda kepada pengamalnya. Dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis dapat menurunkan kadar koleterol dalam darah, menguatkan ingatan serta mencegah penyakit diabetes. Secara tidak langsung fadhilat puasa Isnin dan Khamis membawa keuntungan dari segi kesihatan.

Fadhilat Puasa Isnin dan Khamis

Terdapat hadis yang menyatakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” Hadith Imam Tarmidzi.

Dengan mengubah sistem diet 5-2 ataupun berpuasa Isnin dan Khamis :

  • Melindungi fungsi saraf dan otak dengan menguatkan ingatan. Ketika berpuasa, asid lemak keton akan dilepaskan ke dalam otak bagi melindungi otak dari penyakit, menguatkan memori serta meningkatkan fokus ketika pembelajaran.
  • Menjadikan diri semakin awet muda kerana proses detosfikasi berlaku ketika kita berpuasa
  • Mengawal kolesterol dalam darah kerana ketika berpuasa keseluruhan glukosa yang dimakan akan digunakan sebagai tenaga. Ini akan meningkatkan kandungan kolesterol baik serta mengurangkan kolesterol jahat dalam darah.
  • Pesakit diabetes berupaya meningkatkan tindak balas insulin dalam darah. Ketika berpuasa metabolisme badan akan meningkat dengan membakar lebih banyak lemak dalam badan. Secara tidak langsung kereaktifan terhadap insulin akan meiningkat dan menurunkan risiko mengidap penyakit diabetes Type 2.

Fadhilat Puasa Isnin dan Khamis

Selain itu, fadhilat puasa Isnin dan Khamis dapat membantu kita mengawal nafsu. Tidak kiralah nafsu makan, nafsu membazir, nafsu berseronok dan sebagainya. Selain itu, sifat yang istiqamah membantu kita menambah sedikit sebanyak tabung pahala kita ke syurga nanti. Apabila berpuasa secara tidak langsung mengingatkan kita juga menambah amal ibadat sunat yang lain seperti mengaji, berzikir serta bersedekah.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

 

2 Comments

  1. Noriza Rahman November 19, 2015
    • Azimah November 23, 2015