Doakan Yang Terbaik Untuk MH 370

Baru sahaja berkesempatan update entri hari ini. kerana bercuti di kampung. Masa kalau berada di kampung memang pack. Internet juga terlampau slow. Semalam kita dikejutkan dengan berita yang sememangnya mengejutkan dan menyedihkan kita sebagai warga Malaysia. Pesawat MAS MH 370 hilang dari radar! Tak saya nafikan yang memang ramai orang turut merasakan keperitan yang sama dengan ahli keluarga mereka yang terlibat walau kita tidak saling mengenali. Cubit peha kanan peha kiri terasa sakit juga. Walau bagaimanapun, kita mungkin tidak dapat merasakan tahap kepedihan ahli keluarga mereka yang terlibat.

Sehingga ke hari ini, masih belum jumpa lagi pesawat MH 370. Kita doakan hanya yang terbaik untuk mereka. Semoga Allah memelihara mereka yang terlibat. Perancangan Allah adalah yang terbaik berbanding dengan kita sebagai manusia biasa. Sesungguhnya walaupun musibah hanya ditimpa kepada seseteengah orang, namun ianya merupakan satu tamparan kehidupan serta peringatan segera kepada kita. Dan terpulang kepada kita sebagai hamba Allah untuk mengambil iktibar serta beringat-ingat tentang amalan dosa dan pahala kita.

Pray For MH370


Saya dengan seikhlas hati mendoakan yang terbaik untuk mereka kesemuanya. Jika masih ada rezeki mereka di bumi ini, Ya Allah kau selamatkan dan tabahkan hati mereka untuk menempuh dugaan ini. Walau apa pun, semoga kaum keluarga mereka tabah dengan musibah ini.

p/s: kepada semua di luar sana, janganlah cepat menunding jari menyalahkan sesiapa kerana banyak perasaan orang perlu dijaga. 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934