Doa Keluar Dari Kesulitan

Pernah tak you all mengalami masalah atau kesulitan yang memang tak nampak langsung jalan keluar. Kak Yong pasti sebagai manusia biasa kadang kala kita akan diuji dengan pelbagai masalah yang begitu sukar sekali. Tidak kiralah masalah keluarga, kewangan, anak-anak mahupun situasi di tempat kerja. Kak Yong juga pernah mengalami masalah yang memang tiada jalan penyelesaiannya.

Doa Keluar Dari Kesulitan

Doa Keluar Dari Kesulitan

Ketika diuji dengan masalah berat yang membuntukan, Kak Yong terdengar satu petikan daripada FB Ustaz Ebit Liew. Ustaz berkongsi tentang kelebihan surah An-Naml ayat 62. Petikan khutbah tersebut sangat mengujakan. Secara ringkasnya, seorang pedagang yang dirompak dan mahu dibunuh di padang pasir sunyi telah membacakan doa ini setelah tiada daya upaya beliau untuk keluar menyelamatkan diri. Dengan berkat ayat ini dan izin Allah jua, datanglah seorang pahlawan berkuda memenggal kepala perompak tersebut lantas menyelamatkan pedagang tersebut.

Doa Keluar Dari Kesulitan

Zat ayat ini sangatlah besar. Tetapi segalanya dengan izin Allah jua. Tips yang kak Yong boleh kongsi dengan berkat doa ini membolehkan situasi masalah menjadi bertambah mudah ialah

  • Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim
  • Selawat 3 kali ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Kemudian bacalah surah An Naml ayat 72 ini sebanyak 120 kali selama 7 hari berturut-turut
  • Selepas itu, panjatkanlah doa seikhlas hati bahawa tiada daya upaya kita sebagai hamba memohon pertolongan Allah bagi menyelesaikan masalah kita
Doa Keluar Dari Kesulitan

Doa Keluar Dari Kesulitan

 Kak Yong cuma berkongsi pengalaman Kak Yong yang sudah mengamalkan doa ini, In Shaa Allah pertolongan Allah akan dating dalam pelbagai bentuk yang tak disangka-sangka.