Diet Ibu Menyusu Macam Saya

Perlu ke kita menyusukan bayi susah-susah nak diet? Pengalaman saya sendiri, memang saya tidak amalkan diet extreme ketika menyusukan bayi. Diet ibu menyusu macam saya memang mudah. Saya akan makan apa sahaja yang saya suka tanpa hiraukan kalori. Dengan syarat saya amalkan penyusuan bayi secara eksklusif dan jangan skip jadual penyusuan sama ada secara direct feed mahupun jadual mengepam di pejabat.

Kurus dengan Lecithin dan Omega Guard

Kurus dengan Lecithin dan Omega Guard

Antara yang diamalkan diet ibu menyusu macam saya ialah wajib ambil kesemua ini dalam diet harian :

  • Makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan zat besi. Mesti makan sarapan pagi yang berat seperti nasi atau bihun goreng dan minum susu. Lunch atau dinner nakan nasi dalam portion sederhana, banyakkan sayur-sayuran dan buahan-buahan serta pilihlah lauk ikan, daging atau ayam. Sekali-sekala ada juga mengunyah biskut atau roti.
  • Banyakkan minum air kosong. Macam saya sekali sehari mesti ada ambil minuman manis seperti air sirap atau teh ais. Kemudian, cover balik dengan minum air kosong untuk flush balik lebihan gula yang ada dalam badan. Minum 12 gelas air kosng atau jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri.
  • Banyakkan ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti daripada sumber daging dan juga sayuran hijau seperti sayur bayam, sawi dan brokoli. Ini untuk memberikan tenaga serta menggalakkan penghasilan sel darah merah untuk mengangkut oksigen, nutrian serta tenaga ke seluruh badan.
Diet Ibu Menyusu

Diet Ibu Menyusu

 

Jika, ibu menyusukan bayi sedang berusaha untuk menurunkan berat badan seperti sebelum bersalin, kena pastikan yang penurunan berat badan adalah secara perlahan dan selamat. Penurunan berat badan secara mendadak boleh mengganggu penghasilan susu serta nutrisi yang disalurkan kepada bayi. bagi saya, yang penting adalah bayi mendapatkan cukup keperluan nutrisi mereka berbanding dengan desakan untuk kuruskan badan. Akibat penurunan berat badan yang dapat dilihat kepada bayi yang menyusu ialah berat badan akan kurang naik mengikut carta kesihatan serta bayi juga akan kurang bertenaga dan cepat penat.

Selain itu, antara tips kurus diet ibu menyusu macam saya ialah dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee. Ianya selamat, penurunan berat badan secara perlahan serta memberikan nutrisi tambahan kepada susu ibu. Antara yang ada dalam Set Kurus yang sesuai untuk ibu menyusu ialah:

  • Lecithin yang berfungsi untuk membakar lemak-lemak baru yang ada dalam badan. Ianya juga merupakan sumber kolina yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dan juga ibu-ibu bagi mengatasi simptom pelupa selepas bersalin. ianya tidak mengandungi pengawet dan juga perasa tiruan.
  • Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak lama dan juga baru dalam diet harian ibu menyusu macam saya. Saya memang tidak pernah risau untuk mengambil makanan berlemak kerana kajian menyatakan bahawa Asid Lemak Omega 3 membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif. Selain itu, lengkap dengan AA, DHA dan juga EPA untuk perkembangan sel-sel otak bayi supaya dapat bersambung dan berkembang dengan lebih bijak.
Testimoni Kurus Dengan Shaklee

Testimoni Kurus Dengan Shaklee

  • Alafalfa Complex membantu dalam mengangkut lemak-lemak yang telah dipecahkan ke dalam tubuh badan keluar melalui pembuangan najis. Alfalfa Complex ini telah lama digunakan dalam rawatan herba sejak dari zaman dahulu lagi untuk membanyakkan susu ibu serta menjaga kesihatan wanita secara keseluruhannya.
  • Protein ESP yang membantu memantapkan otot-otot daripada menggeleber serta memberikan rasa kenyang lebih lama bagi mengelakkan saya sentiasa mengunyah sahaja. Memang tidak dinafikan yang ibu menyusu macam saya ini akan sentiasa lapar serta bernafsu untuk makan tanpa henti. Dengan mengambil protein sihat dalam diet ibu menyusu macam saya boleh membantu untuk turun berat badan dengan lebih cepat lagi. Tambahan bonus yang paling saya suka, kulit kelihatan cerah berseri, tidak kusam dan juga memang rasa lebih fit. Production susu pun banyak juga….

Ini adalah coretan peribadi bagi sesiapa yang hendak amalkan diet ibu menyusu macam saya. Hasil penggunaan Set Kursus Shaklee adalah berbeza kepada setiap individu. Cuma apa yang hendak saya tekankan bahawa Set Kurus Shaklee ini selamat digunakan oleh ibu menyusu. Dan saya memang berpuas hati dengan pengekalan berat badan saya dengan menggunakan set ini sejak dari sesi penyusuan Yasmin anak kedua saya sehinggalah Amani anak ketiga saya.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934

 

3 Comments

  1. Nurul Fazreen Othman October 15, 2014
    • Azimah October 16, 2014
  2. Noriza Rahman February 11, 2016