Destinasi Percutian Idaman Saya

Sejujurnya tajuk destinasi percutian idaman saya adalah paling susah saya nak buat. Sebab memang tak pernah terfikir dapat menjejakkan kaki ke destinasi percutian yang menarik. Memang memerlukan saya memerah idea serba sedikit destinasi percutian yang pernah dijejaki oleh rakan-rakan yang susungguhnya membuatkan saya kagum sebab mereka berjaya menjejakkan kaki di sana.

Tugasan ini memerlukan saya kuat berangan. Antara destinasi percutian idaman saya ialah saya bercita-cita hendak menjejakkan kaki ke Hong Kong Disneyland. Nak bawa anak-anak berseronok di sana. Ramai juga yang kata di sana senang juga mendapatkan makanan yang halal. Walau bagaimanapun, jangan pergi ketika musim panas. Memang boleh membawa kepada heat stroke. Lebih-lebih lagi kalau bawa anak-anak. Nanti bukan dapat berjalan, dapat penyakit pula.

destinasi percutian idaman saya

Selain itu, anak saya yang sulung pandai betul request untuk tengok binatang burung emu Australia. Dan mungkin Australia bakal menjadi destinasi percutian idaman saya. Boleh juga tengok negara orang dan merasa iklim yang berlainan. Umum juga mengetahui yang Australia memang banyak haiwan yang istimewa. Sesungguhnya percutian idaman ini lebih kepada memenuhi impian anak-anak.

Destinasi percutian idaman saya yang ada dalam negara pula ialah Pulau Sipadan. Saya memang teringin hendak menjejakkan kaki di sana. Salah satu impian saya ialah hendak mengambil lesen scuba. Belum terlambat untuk ibu beranak tiga seperti saya untuk mendapatkan lesen diving.

destinasi percutian idaman saya

Dan jika berkesempatan, mungkin akan jejakkan kaki ke Russia ketika majlis garduasi adik saya. In Shaa Allah ketika itu wang serta masa bukan kekangan bagi kami sekeluarga. Ini juga impian anak-anak yang hendak tengok tempat pak cik mereka menuntut ilmu. Dan ini adalah antara destinasi percutian idaman saya. Mungkin seiring dengan masa dan juga pertambahan usia destinasi percutian idaman saya akan bertambah. Doakan kejayaan saya semua ­čÖé

 destinasi percutian idaman saya

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu Nutrisi dan BestiSheTeen

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934