Cerita Tentang GST

Hari ini kak Yong nak cerita tentang GST yang semamngnya lari daripada niche blog ini. Semua mesti tahu yang GST akan dikuatkuasakan bermula April 2014. Tetapi, masih ramai lagi yang keliru dengan impaknya kepada kita. Kak Yong cuma hendak berkongsi tentang pemahaman Kak Yong tentang GST ini. Jika hendak maklumat lanjut, bolehlah terjah encik Google ataupun laman web KASTAM.

Kalau nak cerita tentang GST, kenalah tahu maksud GST itu sendiri. GST ialah Good and  Service Tax. GST akan dikenakan kepada pengguna sebanyak 6%. Sebenarnya ramai yang tidak tahu sebenarnya barangan keperluan harian kita di pasaran sebenarnya sudah dikenakan cukai jualan 10%. Jika kita makan di restoran segera pula akan dikenakan tambahan cukai perkhidmatan 6%. Itu sebab kalau makan KFC ke Mc Donald ke mesti ada extra tax sebanyak 16%.

Sudah terang-terang memang cukai sedia ada dikenakan kepada kita sebanyak 10%. Oleh sebab itu, harga barang keperluan sepatutnya semakin turun kerana cukai baru hanyalah sebanyak 6% sahaja. Harga barangan sepatutnya akan berkurangan sebanyak 4%.

Cerita Tentang GST

Namun, terdapat juga syarikat yang kurang berhemah tidak membayar hasil cukai 10% yang dikenakan pada harga barangan kepada kerajaan. Bagi menjaga margin keuntungan sedia ada, syarikat yang tidak bertanggungjawab itu terpaksa menaikkan harga barangan sedia ada sekarang bagi menampung keuntungan yang sama selepas pelaksanaan GST.

Pada mulanya Kak Yong pun keliru, patut harga barang naik ke turun. Tetapi itu semua bergantung kepada syarikat jualan untuk menurunkan mahupun menaikkan harga barangan tersebut.

Cerita Tentang GST

Walau bagaimanapun, Shaklee terpaksa menaikkan harga barangan sebanyak 6%. Dan juga cas pengeposan sebanyak 6% juga. Kenapa cas pos pun kena naik? Mestilah…..sebab Shaklee menggunakan syarikat kurier yang berlainan. Oleh sebab itu, GST pengeposan sebenarnya dikenakan untuk dibayar kepada syarikat kurier. Kenaikan harga sebanyak 6% bagi setiap jumlah pembelian produk memang tidak boleh dielakkan kerana setiap syarikat yang mempunyai keuntungan tahunan melebihi 500,000.00 wajib berdaftar dengan Jabatan Kastam Malaysia serta menguatkuasakan GST dalam harga barangan.

Sebelum ini Kak Yong diberitahu Shaklee memang tidak pernah mengenakan cukai jualan terhadap sebarang produknya. Kesemuanya harga kasih sayang Shaklee kepada semua ahlinya. Oleh sebab itu, kenaikan harga produk Shaklee selepas GST tidak dapat dielakkan kerana peraturan yang bakal dikuatkuasakan oleh kerajaan.

 

7 Comments

  1. ikhwan March 6, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  2. Oja Samid March 9, 2015
    • Azimah March 10, 2015
  3. Helmi Aliarit March 11, 2015
    • Azimah March 13, 2015
  4. Rahimah March 26, 2015