Cara Tingkatkan Quality Time Bersama Keluarga

Kak Yong faham sebagai ibu bapa yang bekerja pastinya kita mahu habiskan masa di hujung minggu di rumah. Kalau boleh hanya hendak tidur merehatkan badan sepanjang hari setelah penat bekerja. Namun, sebagai ibu bapa kita perlu memikirkan perasaan serta perkembangan sahsiah anak-anak yang membesar. Kak Yong ada terbaca tips di majalah Rapi Mei 2015 yang sungguh mudah untuk dipraktikkan oleh ibu bapa bagaimana cara tingkatkan Quality Time bersama keluarga. Anak-anak juga akan lebih gembira serta ibu bapa tidak perlu pening hendak melakukan aktiviti.

Mulakan hari dengan bangun lebih awal. Aktiviti sarapan bersama merupakan salah satu cara tingkatkan Quaity Time bersama keluarga. Kalau malas hendak masak berat, mungkin segelas susu dan cereal pilihan yang bijak. Kalau Kak yong, paling mudah beli sahaja roti canai bungkus, bancuh seteko teh makan bersama dengan anak-anak.

Cara Tingkatkan Quality Time Bersama Keluarga

Paling mustahak sekali, kurangkan tengok televisyen pada hujung minggu. Sebenarnya, kalau anda perasan rancangan televisyen pada hujung minggu pun bukanna  seronok sangat. Mungkin boleh berbual ringkas dengan pasangan serta anak-anak. Selalunya, kak Yong akan memeriksa buku-buku pelajaran anak-anak pada hujung minggu dan bersama-sama belajar subjek yang tidak begitu difahami oleh Harith. Jika si abang sudah mula pegang buku, adik-adik pun akan buka buku juga :).

Bagi Kak yong pula, antara aktiviti lain yang boleh dilakukan sebagai cara tingkatkan Quality Time bersama keluarga ialah dengan membawa anak-anak ke taman permainan. Mungkin sediakan sedikit nasi goreng, air milo untuk sesi berkelah secara ringkas. Selain itu, boleh juga habiskan masa dengan berjogging di taman mahupun bermain badminton bersama pasangan dan anak-anak.

Cara Tingkatkan Quality Time Bersama Keluarga

Antara aktiviti kegemaran anak Kak yong pula ialah menonton wayang. Pantang ada movie kartun terbaru di pawagam. Ini juga salah satu cara tingkatkan Quality Time bersama keluarga. Selain itu, aktiviti makan malam di luar bersama atuk, opah serta makcik-makcik juga boleh dilakukan bersama-sama bagi mengeratkan silaturahim.

Paling penting sekali, jangan amalkan sikap kecil hati, cepat sentap, kena saling memaafkan, bersikap toleransi, dan bekerjasama di antara ahli keluarga. Hidup ini tidaklah panjang untuk dibazirkan dengan sesuatu masalah yang negatif. Mengamalkan sikap-sikap postif serta hidup dalam kegembiraan juga merupakan salah satu cara tingkatkan Quality Time bersama keluarga.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

 

2 Comments

  1. Nurul August 28, 2015
    • Azimah September 2, 2015