Cara Mudah Legakan Sakit Kepala

Pernah tak you all tiba-tiba sahaja rasa sakit kepala yang amat sangat. Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas. Sakit yang berpusing sampai mata berpinar-pinar. Rasa macam hendak hentak kepala di dinding sahaja. Kak Yong personally akan cari kaedah alternatif dahulu untuk legakan sakit kepala ini. Kalau boleh tak nak lah ajar badan asyik telan ubat pain killer sahaja. You all boleh cuba kaedah mudah di bawah sebagai salah satu cara melegakan sakit kepala.

Cara Mudah Legakan Sakit Kepala

Minum Banyak Air Kosong

You all lebih kenal tubuh badan sendiri dari orang lain. Jika terdapat tanda-tanda awal yang memberikan isyarat kepada sakit kepala boleh cuba legakan dengan  minum segelas air kosong. Dan teruskan minum sedikit demi sedikit sepanjang hari. Bagi Kak Yong minum banyak air kosong memang boleh legakan sakit kepala.

Cara Mudah Legakan Sakit Kepala

Letak Ais Batu Di Dahi

Boleh cuba juga dengan meletakkan ais batu yang dibungkus dalam sapu tangan atau ais pack yang diletakkan di bahagian dahi. Jangan letak ais batu secara terus kerana boleh mencederakan kulit dahi. Ianya membantu menggalakkan pengaliran darah di kawasan kepala. Lakukan selama 10 minit.

Tekapkan Beg Air Panas Pada Leher

Tekapkan beg air panas di kawasan leher selama 10 minit. Membantu melegakan sakit kepala dengan cepat. Selain menggunakan beg air panas, mandi di bawah pancuran air panas juga dapat membantu memulihkan peredaran darah di kawasan kepala.

Minum Air Lemon

Boleh juga perah setengah biji lemon dan minum bersama air suam mahupun sejuk bagi melegakan sakit kepala. Kulit lemon juga boleh dihancurkan dan disapu di bahagian dahi yang berupaya untuk melegakan sakit kepala.

Cara Mudah Legakan Sakit Kepala

Minum Teh Hijau

Amalan minum teh hijau bersama halia mahupun peppermint juga membantu melegakan sakit kepala. Gabungan terbaik bagi Kak Yong sudah tentulah Cinch Tea dan pecah-pecahkan peppermint ginger untuk legakan sakit kepala.

Sapukan Minyak Angin atau Aromaterapi

Urutan lembut di kawasan leher mahupun dahi membantu melegakan sakit kepala. Boleh sapukan minyak angin lembut atau minyak aromaterapi. Cara ini membantu sangat-sangat bagi mengubati sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan kerja

Cara Mudah Legakan Sakit Kepala

Makan Kacang Badam

Ambil 10 hingga 12 biji kacang badam membantu melegakan sakit kepala

Tidur

Kalau rasa-rasa dan tak boleh sangat layan sakit kepala, ubat paling mudah bagi Kak Yong ialah tidur sekejap. Ini memang cara palig mudah dan pantas. In Shaa Allah bangun tidur nanti sakit kepala akan berkurangan.

Set Migrain Shaklee

Legakan Sakit Kepala Dengan Vitamin Shaklee

Salah satu cara yang selalu Kak Yong amalkan ialah dengan mengambil gabungan B Complex serta Ostematrix bagi memberikan kelegaan cepat kepada sakit kepala. Pengambilan setiap hari secara konsisten membantu mengurangkan serangan sakit kepala.

  • B Complex membantu mengurangkan tekanan kepada badan. Selain itu, B Complex merupakan pain killer semulajadi. Membantu sebagai ubat penahan sakit kepada sistem saraf badan. Yang mana secara tidak langsung memberikan kelegaan kepada sakit kepala.
  • Ostematrix pula merupakan sumber kalsium dan magnesium. Magnesium merupakan sejenis mineral yang membantu dalam mengurangkan sakit kepala seperti migrain

 Kepada you all yang hendak cuba produk Shaklee sebagai salah satu ikhtiar melegakan sakit kepala, jangan segan-segan hubungi Kak Yong. Kak Yong merupakan pengedar Shaklee kawasan Shah Alam, Klang, Bukit Naga, Jalan Kebun serta Kota Kemuning. Penghantaran boleh juga dibuat ke seluruh negara. jangan segan-segan hubungi Kak Yong di talian 0163964090

DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 Comments

  1. Arnie April 18, 2017
  2. nurrazali May 4, 2017