Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

Entri semalam menceritakan antara masalah kulit sejagat bagi remaja ialah bintik hitam di muka. Bintik hitam terjadi akibat daripada pengumpulan minyak bersama kotoran seperti debu yang tersumbat di ruang-ruang pori muka. Kebiasaannya lebih menonjol di bahagian hidung. Dan jika dibiarkan akan menjadikannya lebih sukar untuk dihilangkan.

Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

1. Putih Telur

Antara cara mudah dan mudah untuk hilangkan bintik hitam di muka ialah dengan menggunakan putih telur. Asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil putih telur dan sapu di bahagian bintik hitam tersebut. Kemudian, lekapkan tisu dan biarkan sehingga kering dalam 15 ke 20 minit. Tarik tisu tersebut selepas kering.

Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

2. Madu

Cara lain dengan menggunakan madu. Pilih madu yang betul-betul likat dan melekit. Tricknya supaya bintik hitam akan terlekat di tangan bila tepek-tepek di kulit. Sapu madu di kawasan tersebut dan lakukan ulangkali selama 3 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Yang eloknya, madu ada antibakteria yang memelihara kesihatan kulit kita.

Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

3. Kulit Lemon

Yang paling Kak Yong suka sapu lemon pada kulit yang ada bintik hitam. Potong buah lemon dan sapu sahaja ke muka. Nak sapu berapa lama, terpulanglah kepada you all. Lakukan secara kerap dan boleh Nampak kesan kulit menjadi lebih cerah.

You all terutama sekali remaja sekolah yang tercari-cari cara yang mudah dan murah boleh cuba. Senang sangat. Segala bahan ada di dalam dapur rumah kita. Selamat mencuba dan bereksperimen.