Cara Mencegah Osteopenia Petanda Awal Tulang Rapuh

Istilah osteoporosis banyak kali kita dengar. Bagaimana pula dengan istilah Osteopenia? Kak Yong juga tercengang-cengang apabila mendengar perkataan Osteopenia ini. Rupa-rupanya Osteopenia ini adalah peringkat awal tulang rapuh yang boleh membawa kepada osteoporosis. Senang cerita Osteopenia ini adalah peringkat pertama sebelum terjadinya osteoporosis. Puncanya ialah kekurangan mineral kalsium dalam badan menyebabkan khasiat mineral tersebut ditarik daripada tulang yang menjadikan tulang kita semakin rapuh dan mudah patah.

Cara Mencegah Osteopenia Petanda Awal Tulang Rapuh

Apa Itu Osteopenia?

Osteopenia sebenarnya adalah petanda awal kepada masalah tulang rapuh (osteoporosis). Ketumpatan mineral dalam tulang akan semakin berkurangan. Namun ianya, tidaklah seteruk penyakit osteoporosis. Osteopenia ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Tulang kita akan mencapai tahap kemuncak pertumbuhannya pada usia 30 tahun. Selepas itu, jisim tulang akan semakin berkurangan. Sekiranya you all tidak amalkan diet tinggi kalsium, tulang akan mudah menjadi rapuh dan boleh membawa kepada penyakit osteoporosis. Walau bagaimanapun, tidak semua pengidap osteopenia akan mengidap penyakit osteoporosis. Asalkan you all mengubah kepada diet yang tinggi kalsium dan vitamin D serta amalkan senaman secara berkala.

Cara Mencegah Osteopenia Petanda Awal Tulang Rapuh

Wanita Lebih Berisiko Mengidap Osteopenia

Wanita lebih banyak kehilangan jisim tulang kerana kita terpaksa berkongsi kalsium ketika mengandung dan menyusukan bayi. Selain daripada itu, kedatangan haid setiap bulan juga membuatkan tubuh badan kita kehilangan kalsium. Ramai wanita di luar sana tidak menyedari mengidap osteopenia sehinggalah mereka melakukan pemeriksaan tulang. Selain wanita, golongan yang berisiko untuk mengidap osteopenia ialah :

  • Wanita terutamanya mereka yang sudah menopaus
  • Mereka yang mempunyai rangka yang kecil
  • Tidak mengamalkan diet tinggi kalsium
  • Suka merokok dan mengambil minuman beralkohol
  • Tidak mengamalkan gaya hidup aktif
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap osteoporosis
  • Mempunyai sejarah aneroksia
  • Mengalami gangguan hormone
  • pengambilan steroid untuk jangka masa panjang.

Cara Mencegah Osteopenia Petanda Awal Tulang Rapuh

Cara Mencegah Osteopenia Bagi Mengelakkan Osteoporosis

Osteopenia boleh dirawat sebelum membawa kepada penyakit osteoporosis. Antara cara yang boleh you all amalkan ialah :

  • Pilih diet seimbang setiap hari. Banyakkan menu yang kaya dengan kalsium serta vitamin D seperti susu, keju, yogurt serta sayuran hijau
  • Lakukan senaman secara berkala. Pastikan sentiasa bergerak aktif
  • Elakkan merokok
  • Pastikan dapat lebih banyak vitamin D secara semulajadi daripada sinaran cahaya matahari

Mencegah Osteopenia dengan Set Kesihatan Tulang Shaklee

Cara rawatan osteopenia amatlah mudah. You all hanya perlu pastikan makan makanan yang tinggi kalsium, magnesium serta vitamin D. Perkara ini amat penting kerana sekiranya tidak diamalkan boleh membawa kepada masalah kerapuhan tulang yang lebih serius. Untuk tulang yang lebih sihat, you all boleh ambil:

  • Ostematrix sumber kalsium, magnesium, Vitamin D serta boron untuk menambah bekalan mineral dalam tulang supaya ketumpatan tulang tidak berkurangan
  • Vitalea sumber 28 jenis vitamin harian yang diperlukan oleh badan
  • ESP yang mengandungi isoflavones bagi melawan osteoporosis yang membantu menjadikan tulang semakin kuat.
  • Collagen Powder bagi mempertingkatkan penyerapan mineral dalam tulang serta meningkatkan ketumpatan jisim tulang

Testimoni Pengambilan Ostematrix Setiap Hari Tanpa Culas

Cara Mencegah Osteopenia Petanda Awal Tulang Rapuh

Testimoni Penyembuhan Tulang Patah Untuk Warga Emas

Cara Mencegah Osteopenia Petanda Awal Tulang Rapuh

Cara Mahu Dapatkan Set Kesihatan Tulang Shaklee

Sekiranya you all berminat untuk mendapatkan Set Kesihatan Tulang Shaklee hari ini, boleh terus buat pembelian Set Kesihatan Tulang secara Online di sini (klik). Harga satu set ialah RM651.11 sahaja. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Set Kesihatan Tulang akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee (M).

Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian Set Kesihatan Tulang dan produk Shaklee dari Kak Yong.

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com