Cara Mencegah Heat Stroke

Semalam Kak Yong tengoklah berita di buletin Utama yang menyatakan Malaysia akan mengalami cuaca panas kering sehingga penghujung bulan mac. Ini adalah disebabkan oleh fenomena Equinoks yang bakal melanda Negara. Teringat, tahun lepas yang cuaca panas sebegini membawa kesan kepada kesihatan kita dan anak-anak. Ramai yang terkena serangan heat stroke atau sengatan panas. Sebenarnya terdapat cara mencegah heat stroke yang dulunya sinonim dengan penyakit di Negara 4 musim.

Cara Mencegah Heat Stroke

Heat stroke atau sengatan panas kebiasaannya menyerang apabila suhu badan melebihi 40 darjah celcius serta terdedah kepada suhu dan cuaca panas secara berpanjangan. Heat stroke ini kebiasaanya menyerang kepada mereka yang bekerja di tapak pembinaan, warga emas serta kanak-kanak. Anak-anak mudah diserang heat stroke memandangkan mereka memang terdedah kepada cuaca panas ketika di sekolah dan melakukan aktiviti sukan.

Antara tanda seseorang itu terkena serangan heat stroke ialah :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah-lemah otot dan kekejangan\mual dan muntah

Cara mencegah heat stroke ialah :

  • Minum air kosong dengan banyak. Pastikan bekalan air bersih mencukupi
  • Minum minuman isotonik yang mengekalkan elektrolit dalam badan
  • Sentisa berada di dalam rumah atau tempat berbumbung
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat
  • Kerap mandi
  • Pakai pakaian yang ringan dan longgar
  • Pakai topi atau payung

Cara Mencegah Heat Stroke

Untuk mengekalkan elektrolit serta garam dalam badan, Kak Yong syorkan amalkan Perfromance Drink setiap hari sebagai salah satu cara mencegah heat stroke. Mudah sahaja nak bancuh. Boleh diminum pada suhu bilik dan memang meletup jika diminum sejuk. Anak-anak Kak yong memang dibekalkan Performance Drink setiap hari.

Cara Mencegah Heat Stroke

2 Comments

  1. akubiomed February 28, 2015
    • Azimah March 2, 2015