Cara Legakan Chicken Pox

Setiap orang pasti akan terkena penyakit Demam Campak ataupun Chicken Pox. Kebiasaan yang kena penyakit ini kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Walau bagaimanapun,orang dewasa juga boleh dijangkiti Chicken Pox jika tidak pernah seumur hidup terkena penyakit ini. Dijangkiti Chicken Pox ketika dewasa amatlah menyakitkan berbanding kanak-kanak. Dan proses penyembuhan agar sukar juga. Lebih-lebih lagi menghilangkan parut di kulit.

Cara Legakan Chicken Pox

Simptom Chicken Pox

  • Pada mulanya kanak-kanak yang mengidap Chicken Pox akan mengalami demam panas, sakit kepala dan hilang selera makan dua tiga hari sebelum keluar tanda-tanda biji merah
  • Kemudian, kulit akan ditumbuhi biji-biji merah sama ada kering mahupun cecair yang bernanah didalamnya
  • Fasa seterusnya ialah biji-biji berair tersebut akan mula pecah dan menjadi lepuh. Pada tahap inilah kanak-kanak akan menjadi kurang selesa dan sedikit meragam kerana keadaan kulit yang pedih dan gatal. Mulalah tangan mereka hendak menggaru sana-sini
  • Peringkat terakhir lepuh dan biji-biji merah akan menjadir kering sehingga menyebabkan parut pada kulit.

Antara Cara Rawatan Chicken Pox

  • Bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan biji-biji merah yang tumbuh itu adalah Chicken Pox
  • Kebanyakan doktor akan memberikan pracetamol bagi melegakan kesakitan dan juga simptom demam panas. Walau bagaimanapun, pastikan jangan ambil Ibuprofen kerana boleh membawa kepada masalah Chicken Pox yang lebih serius
  • Doktor juga akan memberikan calamine lotion atau krim pelembap yang sesuai bagi melegakan kegatalan pada kulit.

Cara Legakan Chicken Pox

Petua Lama Menangani Chicken Pox

  • Kebiasaannya, Kak Yong akan bagi anak-anak minum air kelapa untuk mempercepatkan proses pengeluaran biji-biji merah demam campak. Ayah Kak Yong pesan amalkan dahulu air kelapa baru mula sesi makan ubat. Sebab air kelapa akan neutralkan ubat demam itu. Minum pada hari pertama Chicken Pox.
  • Bagi melegakan kegatalan mandikan dan alas tempat tidur mereka dengan daun semambu. Boleh juga lumatkan daun semambu dan tepekkan pada kulit badan.
  • Pastikan kuku anak-anak pendek bagi mengelakkan mereka menggaru ke seluruh anggota badan
  • Pakaikan dengan pakaian yang nipis, longgar, berangin dan diperbuat daripada kapas.
  • Sapu kulit badan mereka dengan pelembap semulajadi seperti Herbal Blend Cream bagi memberikan kesan berangin dan mengurangkan kegatalan pada badan

Cara Legakan Chicken Pox

Pantang Larang Orang Tua Ketika Demam Chicken Pox

Orang tua-tua dahulu banyak betul pantang larang yang kena ikut ketika anak demam Chicken Pox. Walau bagaimanapun, belum pasti lagi kesahihan pantang larang tersebut. Antaranya ialah :

  • Jangan makan kicap sebabnya akan tinggalkan parut yang berwana gelap serta susah hendak hilang
  • Jangan biarkan parut Chicken Pox terkena air hujan. Ini boleh menyebabkan parut menjadi degil dan tidak mahu hilang
  • Paling rare sekali ialah jangan masak masakan bergoreng di rumah sebabnya apabila minyak gorengan itu pecah di dalam kuali akan menjadilah keadaan yang sama pada kulit badan anak-anak yang terkena Chicken Pox

Cara Legakan Chicken Pox

Legakan Chicken Pox dengan Shaklee

Selain petua tradisional dan juga pengambilan ubat doktor, Kak Yong ikhtiarkan juga dengan menguatkan sistem imun dengan produk Shaklee. Antara produk yang sesuai dengan anak-anak yang terkena Chicken Pox ini ialah:

  • Nutriferon yang berfungsi untuk menambah sistem imun badan. Melawan virus chicken pox serta membantu menguatkan sistem pertahanan badan
  • Chewable C untuk kanak-kanak atau Vita-C Plus untuk orang dewasa. Membantu dalam menguatkan antibodi serta mengeringkan luka lepuh Chicken Pox dengan cepat. membantu juga dalam mengurangkan kesan parut-parut pada kulit
  • Selain itu, sapu juga krim Herbal Blend yang wangi dan berangin ini. Melegakan kesan kegatalan serta memberikan effects nyaman pada kulit.

Cara Legakan Chicken Pox

Kepada you all yang hendak cuba produk Shaklee sebagai salah satu ikhtiar merawat Chicken Pox, jangan segan-segan hubungi Kak Yong. Kak Yong merupakan pengedar Shaklee kawasan Shah Alam, Klang, Bukit Naga, Jalan Kebun serta Kota Kemuning. Penghantaran boleh juga dibuat ke seluruh negara. jangan segan-segan hubungi Kak Yong di talian 0163964090

DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

4 Comments

  1. nurrazali April 6, 2017
  2. Hero Borneo April 7, 2017
  3. Noriza Rahman April 7, 2017
  4. Oja Samid April 22, 2017