Cara Kawal Nafsu Makan

Kak Yong memang suka makan. Lebih-lebih lagi kalau masak sendiri. Rasa rugi pula sudah masak tapi tak dapat makan…itu cuma alasan sahaja :). Kalau asyik makan sahaja mesti badan macam dipam-pam. Berat badan sudah tentu naik dan agak sukar untuk kurus semula. Lebih-lebih lagi jika usia sudah meningkat metabolisme badan pun sudah semakin berkurang. Kak Yong nak kongsi cara kawal nafsu makan yang dicedok dari Majalah Rapi November 2015.

Cara Kawal Nafsu Makan

Antara cara kawal nafsu makan yang Kak Yong sendiri praktikkan setiap hari ialah minum dua gelas air kosong sebelum makan. Amalkan 15 ke 10 minit sebelum makan. Ini membuatkan perut kita berasa penuh, kenyang dan secara tidak langsung membuatkan kita makan dalam kuantiti yang sedikit. Dalam masa yang sama, cara ini dapat mengurangkan sehingga 60 kalori setiap kali makan.

Selain itu, menu di rumah Kak Yong kebiasaannya ikan. Bukan apa, rasa lebih selamat daripada haiwan seperti ayam atau daging yang selalunya dicucuk bahan kimia untuk mempercepatkan tumbesarannya. Banyakkan makan ikan juga merupakan cara kawal nafsu makan. Terdapat kajian daripada Europian Journal of Clinical Nutrition yang manak ikan memberikan rasa kenyang lebih lama berbanding daging merah. Kalau sudah kenyang, jaranglah hendak mengunyah kudapan yang kurang berkhasiat.

Cara Kawal Nafsu Makan

Banyakkan juga sayuran warna oren dan juga hijau. Menu tetap Kak Yong setiap kali makan wajib ada sayur dan ulam-ulaman. Sayur warna oren dan juga hijau mengandungi 90% air dan kaya serat. Ia juga membantu untuk membuatkan perut penuh dan kenyang dengan lebih cepat. Oleh sebab itu, hidangan yang diambil setiap hari tidak akan berlebihan.

Selain itu, cara kawal nafsu makan yang lain ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka dan juga serbuk kayu manis. Boleh dimasukkan ke dalam masakan mahupun minuman. Terdapat kajian menyatakan kedua-dua bahan ini mampu mengawal kandungan gula dalam darah. Jika kandungan gula mencukupi dalam darah, maka nafsu makan terhadap benda-benda manis akan dapat dikawal. Ini adalah kerana kadar gula yang turun naik dalam badan akibat pengambilan makanan manis menjadi penyebab utama kepada rasa lapar yang tidak menentu.

Cara Kawal Nafsu Makan

Kalau rasa hendak mengunyah, amalkan makan kekacang. Kekacang juga merupakan salah satu cara kawal nafsu makan. Kacang tinggi protein, serat dan lemak yang dapat mengaktifkan isyarat kenyang yang membuatkan anda makan dengan sedikit. Boleh juga bertukar kepada jenis makanan karbohidrat kompleks. Gantikan nasi kepada kentang, oat atau beras merah. Karbohidrat kompleks mempunyai tinggi serat serta memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan juga cara kawal nafsu makan yang membuak-buak.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

 

11 Comments

  1. mrhanafi December 7, 2015
    • Azimah December 9, 2015
  2. Junaidy Jaimi December 8, 2015
    • Azimah December 9, 2015
  3. cik tom December 14, 2015
    • Azimah December 23, 2015
  4. titan December 16, 2015
    • Azimah December 23, 2015
  5. nur razali December 22, 2015
    • Azimah December 23, 2015
  6. suri January 15, 2016