Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Pernah tak you all mengalami situasi tiba-tiba sahaja jerawat naik seketul besar di muka. Tak kisahlah dekat dahi, muka atau pun hidung. Rasa bengang dan tertekan sungguh tengok jerawat ada seketul dua. Lagi-lagi kalau ketika itu kita ada sesi presentation, mulalah keyakinan diri macam down sedikit.

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Kak Yong nak kongsikan tips kecutkan jerawat dengan pantas. Tips ini Kak Yong dapat melalui internet dan juga pembacaan. Mungkin boleh cuba sebelum tidur. Doa-doa esok pagi jerawat hilang.

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Gunakan ais batu. Ais batu akan membuatkan peredaran darah di kawasan jerawat semakin aktif. Balut ais batu dengan sehelai kain bersih. Letakkan ais berbalut itu di kawasan jerawat. Tekap seketika beberapa minit. Ulang dalam 4 ke 5 kali.

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Selain itu, gunakan perahan lemon yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis. Gunakan cotton bud atau kapas sapukan di bahagian jerawat. Biarkan semalaman. Basuh dengan air suam selepas bangun dari tidur.

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Cara ini paling popular sekali rasanya di kalangan pelajar. Ambil ubat gigi sapukan di kawasan jerawat sebelum tidur. Pastikan gunakan ubat gigi yang berwarna putih bukannya jenis gel. Esok pagi bangun In Shaa Allah akan kurang bengkak jerawat itu.

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Selain itu, cara terakhir, potong seulas bawang putih dan sapukan di bahagian jerawat. Dalam bawang putih terdapat antiseptic yang membantu membunuh bakteria dalam jerawat. Sapu sebelum tidur selama beberapa hari sehingga jerawat kecut.

 

2 Comments

  1. Noriza Abdul Rahman March 9, 2017
    • Azimah March 13, 2017