Cara Cantik Semulajadi Dengan Bawang Putih

Kalau Kak Yong tidak mengandung, vitamin yang wajib ditelan hari-hari ialah Garlic Complex. Sebenarnya, banyak khasiat bawang putih. Paling mudah, bawang putih ada sahaja di dapur rumah kita. Home remedy yang paling glamour. Rahsia cantik semulajadi dengan bawang putih ini banyak, kalau nak cerita semua memang tidak habis sampai esok pagi.

Antaranya jika ternampaklah kan putik-putik jerawat hendak keluar, ambil sahaja bawang putih di dapur kemudian oles di bahagian jerawat tersebut. Kandungan antibiotic berupaya untuk melawan bakteria punca jerawat. Ini adalah cara cantik semulajadi dengan bawang putih, kulit licin bebas jerawat.

Cara Cantik Semulajadi Dengan Bawang Putih

Jika kulit mengandungi parut luka mahupun jerawat lama, sapu sahaja dengan bawang putih. Amalan secara konsisten mampu untuk memudarkan sebarang parut di kulit. Jika rajin menumbuk bawang putih, campurkan dengan minyak zaitu atau minya kelapa dara, sapu pada parut stretch mark, in shaa Allah membantu memudarkan kesan hodoh tersebut.

Jika ada masalah kelemumur atau rambut kusam, nipis serta tidak bermaya, campurkan sahaja bawang putih yang telah dihancurkan ke dalam shampoo atau perapi rambut anda. Ini juga cara cantik semulajadi dengan bawang putih. Kandungan zink dan kalsium yang tinggi dalam bawang putih membantu untuk meneyelesaikan pelbagai masalah rambut. Termasuklah kerisauan menjadi botak sebelum waktunya.

Bawang putih juga membantu menyelesaikan masalah tompok-tompok hitam (blackheads) di wajah. Sapu sahaja dengan bawang putih, biarkan seketika kemudian cuci muka anda. Tetapi janganlah harap kesannya serta merta. Dah nama pun cara cantik semulajadi dengan bawang putih. Banyak kali Kak Yong tekankan, kenalah istiqamah.

Cara Cantik Semulajadi Dengan Bawang Putih

Jika kaki anda berbau, salah satu cara cantik semulajadi dengan bawang putih boleh menyelesaikan masalah tersebut. Campurkan minyak bawang putih dengan 2 sudu teh baking soda. Tuangkan air suam di dalam besen, dan rendam kaki anda dalam 15 hingga 30 minit. Amalkan selalu. Selain itu, ianya memberikan kelegaan kepada sel-sel kaki anda.

Sebab itulah Kak Yong memang suka amalkan Garlic Complex. Ambil dua biji sehari. Kulit memang akan susah tumbuh jerawat walaupun di waktu bulan mengambang. Antibiotik semulajadinya juga membantu menahan diri daripada dijangkiti penyakit. Jangan risau, bau bawang putih ini mild sahaja. Siap ada kandungan spearmint lagi. Psstt…Kak yong nak bagitahu ramai artis korea makan Garlic untuk kecantikan. Jika kepingin hendak cantik macam retis tu, mungkin boleh mula amalkan Garlic Complex dari sekarang. Wanita kena jaga kecantikan dan kesihatan dengan supplement tambahan seawal 35 tahun bagi mengelakkan diri kelihatan tua sebelum waktunya.

 

One Response

  1. Abe Nik July 27, 2016