Cara Bersihkan Rumah Dengan Pantas

Bagi ibu yang bekerja waktu untuk membersihkan rumah amatlah terhad. Mana hendak dibahagikan dengan memasak, mencuci baju dan juga meluangkan masa dengan anak-anak. Jangan risau kerana Kak Yong kongsikan serba sedikit cara bersihkan rumah dengan pantas yang memang senang sangat dibuat.

Cara bersihkan rumah dengan pantas di ruang tamu

Pertama sekali cara bersihkan rumah dengan pantas ialah mulakan dengan bahagian ruang tamu dahulu. Ini adalah kerana ruang tamu merupakan tempat yang selalu sangat seisi rumah lepak dan juga kalau tetamu datang mestilah dituju ke ruang tamu. Takkanlah pula hendak dibawa masuk ke dapur. Kumpulkan segala benda yang tidak perlu ada di ruang tamu seperti permainan si comel, pakaian yang belum dilipat, majalah yang berselerakkan ke dalam bekas kosong. Sapu dan bersihkan lantai. Jika perlu mop lantai dan sembur sedikit dengan pewangi untuk menambahkan kesegaran.

Cara Bersihkan Rumah Dengan Pantas

Cara bersihkan rumah dengan pantas apabila tetamu datang mengejut

Keduanya, letakkan bekas kosong di setiap ruang rumah. Bukan apa, senang jika hendak memasukkan barang-barang yang tidak diperlukan seperti mainan anak-anak supaya tidak berselerak. Jika tetamu hendak datang ke rumah selepas waktu pejabat pun tidak kelam-kabut hendak mengemas. Cuma sembunyikan sahaja bekas kosong tersebut di dalam bilik. Paling mudah, letak sahaja bakul kain yang kosong untuk letakkan barang-barang yang bersepah. Sebelum tidur bolehlah susun barang-barang itu semula di tempatnya.

Cara bersihkan rumah dengan pantas bagi yang ada ramai anak-anak kecil

Untuk Kak Yong pula sebagai ibu yang ramai anak, untuk mengekalkan keadaan rumah yang bersih agak sukar. Al-maklumlah, semua anak-anak baru hendak membesar dan serba kreatif. Ada yang jenis pakar menyepahkan rumah dan ada juga yang jenis pakar mengutip segala jenis sampah kecil-kecil di atas lantai. Kak Yong cuma akan pastikan anak-anak main hanya di suatu tempat sahaja. Bukanlah bermaksud satu tempat yang tetap. Di mana sahaja asalkan mereka selesa berada di situ. Biasanya anak-anak Kak Yong main tidaklah lama. Dalam 30 minit ke sejam. Selepas mereka jemu bermain dan nampak macam sudah tinggalkan kawasan mainan tersebut, arahkanlah anak-anak mengemas tempat tersebut. Jangan fikir mereka akan berhenti bermain setakat itu, dalam masa 30 minit ke sejam, mereka akan mula mengumbah jenis permainan yang lain pula di sudut yang berlainan. Ulang sahaja rutin itu, tetapi pastikan kawasan tempat mereka bermain itu tidak terlalu bersepah yang mana mungkin akan membahayakan anak-anak yang lain pula.

Cara Bersihkan Rumah Dengan Pantas

Cara bersihkan rumah dengan pantas bersama Basic H.

Rutin setiap minggu bagi Kak Yong ibu bekerja sudah tentulah memastikan lantai, tingkap, perabot dan juga dapur sentiasa bersih. Cara mudah Kak Yong hanya gunakan Basic H sebagai pencuci serbaguna. Hanya campurkan saahaja beberapa titis di dalam setengah baldi air untuk mengelap lantai. Buihnmya memang banyak. Jangan terlebih pula. Nanti tak pasal-pasal pula kena gunakan separuh hari untuk bersihakan sabun dari lantai. Carnya tidak perlu menyental dengan kuat. Gunakan sedikit untuk mengelap lantai, perabot malahan di  dapur. Masalah lantai kotor, berhabuk dan berminyak akan dapat segera diselesaikan. Baunya juga menyegarkan dan juga feeling lebih bersih gitu….

Cara Bersihkan Rumah Dengan Pantas

Pembelian melalui kad kredit juga boleh dilakukan dengan sekali klik Basic H  dan boleh hubungi Kak Yong untuk konsultansi dengan memberikan nombor invoice.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

11 Comments

  1. Noriza Rahman March 7, 2016
  2. arnie March 13, 2016
  3. Faris March 15, 2016
  4. Hanafi Abdullah March 16, 2016
  5. myliferia March 16, 2016
  6. Oja Samid March 17, 2016
  7. titan March 18, 2016
  8. Eva Matt April 6, 2016
  9. jida May 29, 2016
  10. Ikhwan June 2, 2016
  11. Introducer maybank August 24, 2016