Cara Atasi Susu Merundum

Sebagai ibu yang bekerja, work and pump mother kadangkala ada masanya production susu yang dihasilkan akan berkurangan. Lebih-lebih lagi jika bayi sudah mula diperkenalkan kepada makanan pejal selain susu ibu. Baby akan jarang menyusu kerana sudah kenyang. Bagi ibu bekerja juga, tidak mematuhi jadual pam setiap tiga jam sekali juga menjadi penyebab susu merundum. Kak Yong nak kongsi antara cara atasi susu merundum yang Kak Yong praktikkan bila tengok susu yang dihasilkan semakin berkurangan.

Cara atasi susu merundum yang paling popular sekali ialah power pumping. Power pumping ini perlu dilakukan pada waktu malam. Lebih kurang pukul 3.00 atau 4.00 pagi selama sejam. Ini disebabkan hormon prolaktin banyak yang menggalakkan penghasilan susu banyak terhasil pada pukul 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi. Caranya mudah sahaja.

  • Pam single : Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian tukar ke sebelah kiri pula selama 10 minit. Lakukan secara bergilir-gilir sehingga cukup sejam.
  • Double pam : Mulakan pam kedua-dua belah selama 20 minit. Kemudian rehat selama 10 minit. Pam semula selama 10 minit dan rehat selama 10 minit lagi. Dan pam lagi untuk kali akhir selama 10 minit sehingga selesai.

Cara Atasi Susu Merundum

Power pumping sebagai salah satu cara atasi susu merundum ini hendaklah dilakukan selama 7 malam berturit-turut untuk kesan terbaik. Tapi bagi Kak Yong hasilnya boleh dilihat pada tiga hari pertama. Kata kuncinya kena rajin dan gigih untuk bangun malam power pumping demi si manja.

Selain itu, bagi ibu-ibu yang ada di rumah tidak bekerja, boleh amalkan cara mengosongkan payudara dengan mengepam setiap dua jam sekali. Setiap sesi mengepam mengambil masa 15 hingga 20 minit. Lakukan selama seminggu. Boleh juga rasa kesannya jika dibuat secara ekstrem selama tiga hari berturut-turut. Sesuai juga untuk ibu-ibu yang hendak membuat stok sebelum kembali bekerja.

Cara Atasi Susu Merundum

Cara akhir untuk menggandakan pengeluaran susu ialah tandem nursing. Kalau anda ada bayi kembar senang juga. Susukan mereka secara serentak. Jika tiada, Kak Yong selalu buat sebelah susukan bayi, sebelah lagi gunakan pam untuk kosongkan payudara secara serentak. Lakukan setiap kali sesi penyusuan. Dengan ini permintaaan akan semakin bertambah dan In Shaa Allah produksi susu pun akan bertambah banyak.

Cara Atasi Susu Merundum

Perasan tak yang cara atasi susu merundum ini semuanya bersamaan dengan konsep “supply vs demand”. Semakin kerap mengosongkan payudara, semakin kerap sesi penyusuan, semakin banyak susu dihasilkan. Otak akan memberikan isyarat agar susu lebih banyak dihasilkan bagi memenuhi keperluan bayi. Sebenarnya, teknik gandakan susu ini membantu untuk mengatasi kemerunduman susu. Ibu-ibu di luar sana juga perlu set dalam minda, kerapkan sesi penyusuan dan supplement hanya membantu ibu-ibu sahaja. Jika makan 10 jenis milk booster tapi konsep asas tidak dipenuhi, memang mimpi hendak dapat susu badan yang melimpah-ruah.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

18 Comments

  1. Hairul Hissam December 1, 2015
    • Azimah December 2, 2015
  2. Noriza Rahman December 1, 2015
    • Azimah December 2, 2015
  3. Sync December 1, 2015
    • Azimah December 2, 2015
  4. mrhanafi December 2, 2015
    • Azimah December 2, 2015
  5. Sani December 2, 2015
    • Azimah December 2, 2015
  6. suri December 3, 2015
    • Azimah December 7, 2015
  7. Oja Samid December 3, 2015
    • Azimah December 7, 2015
  8. cik tom December 5, 2015
    • Azimah December 7, 2015
  9. si bongkok December 9, 2015
    • Azimah December 9, 2015