Cantikkan Rambut Melalui Pemakanan

Entri terdahulu saya pernah kongsi makan untuk cantikkan kulit. La ni saya nak kongsi pula melalui pemakanan boleh juga cantikkan rambut. Memanglah kita ni pakai tudung, tapi kalau boleh biarlah rambut cantik tak menggerbang sana sini, senang diurus dan elok mata memandang. Bukan untuk siapa pun, untuk kepuasan diri dan juga untuk menyenangkan hati Encik Suami 🙂



 
Banyak juga makanan yang boleh diambil untuk mencantikkan rambut. Contohnya:
  • Ikan Salmon yang sememangnya kaya dengan asid lemak Omega-3 untuk memberikan kesan rambut halus dan bersinar. Fakta juga membuktikan yang, bekalan Omega-3 yang mencukupi dapat menyerlahkan kesihatan rambut secara menyeluruh. Jika kurang Omega-3 rambut akan mudah rapuh sehingga menyebabkan keguguran. Alternatif lain selain salmon, boleh amalkan OmegaGuard yang sememangnya merupakan bekalan Omega-3 yang terbaik dari minyak ikan laut dalam.
 
  • Sayuran Hijau seperti bayam, sawi dan kangkung. Sayur-sayuran hijau ini sebenarnya kaya dengan vitamin A dan C yang elok untuk menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Oleh itu, pastikan yang setiap hidangan harian mesti ada satu hidangan sayur-sayuran ye. Nak cara lebih mudah ambil sahaja CarotoMax yang merupakan Vitamin A dalam bentuk beta karotina yang selamat untuk kita dan juga Vita-C Plus yang glamour itu kerana pelepasan berterusan yang sememangnya TERBAIK.
  • Tiram yang kaya dengan zink. Kalau kurang zink, rambut mudah gugur. Ini adalah disebabkan kulit kepala yang kering dan bersisik. Boleh juga dapatkan bekalan zink dari sumber bijirin dan roti gandum. Susah-susah sangat Zink Complex Shaklee kan ada :). Itulah sebabnya kita syorkan zink diambil untuk ibu-ibu yang lepas bersalin untuk mengurangkan keguguran rambut akibat daripada perubahan hormon ketika mengandung.
 
  • Daging Puyuh…hemm kecil sahaja saiznya, tapi kaya dengan protein, zink, zat besi dengan vitamin B. Ianya mampu menjaga setiap helaian rambut agar kuat dan tidak mudah rapuh. Ini adalah disebabkan rambut dibangunkan sebahagian besarnya oleh protein. Apa tunggu lagi, cuba sahaja ESP yang merupakan bekalan protein terbaik yang pernah dihasilkan. Ada kajian klinikal tau…..
  • Ubi tak kiralah ubi kentang ke, ubi keledek ke, ubi kayu ke, yang mana makanan yang kaya dengan beta karotina yang membantu menghasilkan minyak untuk menguatkan kulit kepala. Tanpa bekalan beta karotina yang mencukupi kulit kepala akan berasa gatal sehingga membawa kepada masalah kelemumur.
  • Buah kiwi mengandungi vitamin A membantu melindungi rambut anda. Ianya merupakan sumber makanan terbaik untuk kulit kepala anda.
  • Beri biru kaya dengan vitamin C yang menyalurkan zat kepada folikel rambut. Ianya juga membantu menghasilkan kolagen untuk kecantikan rambut.
 
  • Makan banyak sumber kekacang untuk rambut yang lebih sihat.
  • Telur juga merupakan sumber protein tanpa lemak dan turut mengandungi vitamin B yang tinggi. Jadi tak salah cuba ESP yang memang lengkap dengan sumber protein, bekalan vitamin B dan asid amino.
  • Susu rendah lemak yang merupakan sumber protein tinggi dan vitamin D yang bukan sahaja dapat mengawal berat badan tetapi juga merupakan makanan yang hebat untuk rambut. Di Shaklee ada Ostematrix bekalan kalsium dengan vitamin D untuk ada cuba.
(Sumber : Rapi 15/10/2013)
 
 

Senang bukan, sebenarnya dengan menjaga diet harian kita banyak bekalan vitamin dapat diperolehi untuk kecantikan rambut. Kalau nak memastikan yang kita dapat bekalan vitamin harian, boleh sahaja cuba produk Shaklee yang saya ceritakan tadi. Anda tidak akan menyesal. kerana ianya semulajadi dan seperti moto kami SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA MESRA ALAM.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934