Buah dan Sayur Untuk Kekal Langsing

Perasan tak, ramai antara kita yang mengambil mudah tentang pengambilan sayur serta buah dalam diet harian. Sebab utama, sayur dan buah-buahan tidak mempunyai rasa yang menarik berbanding dengan ayam, ikan mahupun daging. Tetapi, sebenarnya makan buah dan sayur untuk kekal langsing adalah tips kurus yang patut diamalkan oleh mereka yang sedang mengamalkan regim diet.

Antara buah dan sayur untuk kekal langsing yang elok dimakan ialah buah limau. Ada sahaja yang mengamalkan minum air limau suam selepas makan. Konon-konon feeling dapat memabantu mengeluarkan makanan yang dimakan tadi dengan cepat. Sebenarnya, tindakan anda itu tidak salah. kak Yong pun baru tahu yang buah limau banyak serat jadi bila minum air limau kita mudah rasa kenyang. Secara tidak langsung mengurangkan selera makan serta membuatkan perut lebih lawas.

Buah dan Sayur Untuk Kekal Langsing

Buah tembikai pun bagus. 92% kandungan buah ini adalah air. Dengan mengamalkan tembikai sebelum makan  dapat membuatkan perut lebih kenyang serta mengelakkan makan secara berlebihan.

Epal juga antara buah dan sayur untuk kekal langsing. Kajian membuktikan yang mengambil sebiji epal sebelum makan mampu mengurangkan berat badan sehingga 33%.

Amalkan makan banyak sayuran hijau. Tinggi zat besi, kalium, kalsium, magnesium serta vitamin B, C, E dan K yang amat diperlukan oleh mereka yang berdiet. Makan banyak salad hijau mentah juga elok sebagai buah dan sayur untuk kekal langsing.

Buah dan Sayur Untuk Kekal Langsing

Sayur bayam membantu untuk menambahkan darah dalam badan. Jika cukup zat besi dalam badan, sistem dalam badan secara tidak langsung akan berfungsi dengan baik. Ini dapat memudahkan proses untuk menurunkan berat badan.

Lobak juga antara sayur dan buah untuk kekal langsing. Kaya dengan tahap karetonoid serta itamin yang tinggi bagi mengekalkan nutrisi untuk mereka yang berdiet. Masih lagi mahu culas makan buah atau sayur. Kak Yong harap mereka yang gigih berdiet atau mahu berjinak-jinak untuk turunkan berat badan, pilihlah buah dan sayur untuk kekal langsing.

One Response

  1. Noriza Rahman February 12, 2015