Boost Semangat Cycle Baru

Sempena dengan cycle baru dalam Shaklee, upline Kak Yong yang super gorgeous tu GenkiMomma telah menganjurkan satu bengkel motivasi untuk kami semua. Ramai juga adik beradik dalam Shaklee yang join bengkel ini. Antaranya MommaVogue, NurSinergiVitamin, VitaminKita, MYChibiBox dan juga Azura SihatCantik. Memang aura luar biasa sungguh selepas menghadiri bengkel motivasi ini. Pengisian yang mantap. Penceramah juga memang motivator terkenal.

gambar2

Antara pengisian yang dapat Kak Yong semat serta paku kuat-kuat dalam kepala ialah kita kena kenal dahulu personaliti diri mahupun downline kita jika hendak berjaya. Selain itu, kita kena kaji dulu segala bentuk aktiviti yan g kita jalankan untuk memajukan perniagaan kita sehari-hari. Jangan usaha hanya sebanyak RM100 tetapi berangan-angan hendak menjadi RM1,000. Usaha kena extra 200% dengan target yang kita mahukan dalam hidup. Paling penting sekali, tinggalkan segala alasan serta sentiasa berfikiran postif. Bayangkan hanya yang bagus-bagus sahaja bakal tercipta sepanjang cycle 2015/2016 ini.

Mesti ramai yang tertanya-tanya bukan siapa pula motivator yang berjaya membuka mata kami semua. Sungguh bertuah rasanya Kak Yong dapat menimba serba sedikit ilmu serta menyedut aura yang postif bersama dengan Encik Shahrin Ong Abdullah yang lebih dikenali sebagai SHAH SOVI. Beliau merupakan seorang aktivis yang banyak memperjuangkan kemajuan ekonomi Bumiputera serta merupakan motivator yang bakal membuatkan anda sentap dan berfikir sepanjang program. Jika impikan motivator yang lembut serta menggunakan reverse psikologi, Encik Shah bukan jawapan yang sesuai untuk anda. Anda kena bersedia untuk dibuli bagi membuka mata anda kepada keadaan reality yang sebenar.

  gambar

Walau bagaimanapun, Kak Yong memang hendak berterima kasih dengan mentor Kak Yong kak Arnie dari GenkiMomma yang memberikan peluang kepada Kak Yong untuk meggilap balik semangat kami melalui program motivasi seperti ini. Memang tidak dinafikan, di dalam perniagaan ada situasi yang menggembirakan dan juga menyedihkan. Ada pasang surutnya. Paling saya sayang sekali group GenkiMomma memang memberikan yang terbaik kepada downline-downline. Cuma terpulang kepada kita sahaja untuk merebut serta melaksanakan tindakan kita. Semoga kita semua akan Berjaya, kaya dunia dan akhirat. In Shaa Allah.

P/S: Kalau nak jadi ahli Shaklee, pengedar Shaklee yang Berjaya kena pilih group yang betul-betul boleh membimbing kita. Mentor hanya menunjukkan jalan yang melaksanakan tindakan adalah diri sendiri. Mahu saya bombing anda. JOM SERTAI KAMI !!!

One Response

  1. Noriza Rahman March 4, 2015