Basic H Yang Pelbagai Guna

Selain dari supplement, Shaklee juga ada produk lain. Antaranya Set Penjagaan Kulit Nutriwhite, Set Penjagaan Rambut Prosante dan juga Set Get Clean. Water pitcher pun ada juga. kalau sudah pakai water pitcher ini boleh minum terus air, tidak perlu masak air lagi. Memang mudah!
 
Tapi hari ini saya nak cerita berkenaan dengan Basic H. Macam mana boleh saya terjebak dengan Basic H ini. Sebenarnya, secara kebetulan sahaja. Ada kawan adik yang order dua botol tapi ambil sebotol sahaja, jadi untuk mengelakkan pembaziran maka saya pun gunalah untuk kegunaan di rumah.

Kegunaan Basic H

Saya gunakan untuk mop lantai. Memang jimat, guna tak sampai satu sudu teh pun untuk setengah baldi air. Buih teramatlah banyak. Bila gunakan untuk mop lantai, memang senang bersih, berkilat dan yang paling penting tidak melekit. Ianya juga selamat untuk anak-anak kecil yang sedang dalam proses merangkak dan meniarap. Jika makanan jatuh kutip balik pun tak risau kerana Basic H ini selamat dan diperbuat daripada ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.

 
Basic H Untuk Mop Lantai

 

 
Kalau ada periuk ke, kesan-kesan degil minyak di dapur, letak sahaja 3 ke 5 titik Basic H dalam penyembur air, kemudian gunakan untuk mengelap kesan-kesan minyak tersebut. Memang memudahkan kerja. Ianya juga boleh digunakan untuk mengelap perabot di rumah serta membersihkan cermin-cermin tingkap. Memang berkilat. Mak saya pula suka gunakan Basic H untuk mencuci kereta. Selain itu, kalau tengok kasut sekolah Harth kotor sangat, saya juga gunakan Basic H untuk memcuci kasut sekolah. Kan….memang multi purpose sangat-sangat.
 
Kenapalah saya suka sangat dengan basic H ini :
  • SELAMAT : Tiada toksin, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, lembut pada tangan, PH seimbang dan tanpa klorin
  • BERKESAN : Untuk menanggalkan kotoran, kepekatan berganda
  • MESRA ALAM : ramuan semulajadi, biorosot, tanpa fosfat, bungkusan boleh kitar semula, tanpa bahan pewarna dan selamat untuk sistem septik dan pembetungan,
Yang paling best sekali ianya jimat. Beli sebotol tahan sampai 2 ke 3 bulan.

 
 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934