Bahaya Set Berpantang Shaklee

Kepada mereka di luar sana yang masih tercari-cari Set Berpantang atau Set Bersalin yang sesuai, mungkin kena fikir dua tiga kali untuk membeli Set Berpantang Shaklee ini. Bahaya Set Berpantang Shaklee ini sebenarnya. Bahaya Set Berpantang Shaklee yang paling utama ialah anda akan lupa bahawa anda sebenarnya tengah berpantang dan dalam proses pemulihan segala anggota badan.

Antara bahaya Set Berpantang Shaklee atau Set Bersalin Shaklee ialah mengikut pengalaman saya sendiri ialah akan perasan diri sentiasa sihat. Paling utama diri akan sentiasa bertenaga dan tidak terasa sakit seperti baru lepas bersalin pun. Kalau jalan pun, hendak laju. Sampai mak saya marah suruh jalan kepit-kepit perlahan-lahan untuk menjaga sistem peranakan. Masalah pening-pening kelabu mata silau selepas bersalin memang tiada langsung. Saya bersalin awal pagi, dengan pengambilan Set Berpantang yang sama ketika mengandung memang sampai ke malam saya baru dapat lelapkan mata. Berbeza dengan bersalin dua anak sebelum yang memang akan nak tidur sahaja selepas bersalin. Sampai saya suruh nurse yang jagakan anak saya.

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Shaklee

Selain itu, bahaya Set Berpantang Shaklee ialah perasan diri itu sentiasa cantik. Kulit muka memang tak nampak pucat. Nampak kemerah-merahan macam biasa sahaja. Ini adalah disebabkan adanya B Complex dan zat besi dalam Vitalea yang penting untuk penghasilan hemoglobin dalam sel darah merah. Walaupun ketika bersalin kehilangan banyak darah, namun dengan adanya Set Berpantang Shaklee memang terbaik dalam membekalkan tenaga, nutrien dan oksigen ke seluruh sel dalam badan.

Apabila cukup oksigen, nutrien dan tenaga dalam badan proses pemulihan luka perenium pun akan semakin cepat pulih. Memang saya kalau jenis bersalin terpaksa bidan buat episoktomi sebab dari masuk bilik bersalin sehingga proses bersalin paling awal saya akan bersalin ialah selepas 7 jam. Bayangkan dengan berapa banyak tenaga yang hilang, berapa banyak ubat tahan sakit saya ambil waktu itu. Dengan amalkan Zink Complex luka perinium saya kembali sembuh dalam masa dua minggu sahaja. Luka jahitan tertanggal dengan sendiri. Itu yang bahayanya, jika tidak betul-betul pantang ader kemungkinan boleh bentan.

Berpantang Moden dan Tradisional

Berpantang Moden dan Tradisional

Selain itu, bahaya Set Berpantang Shaklee ini ialah sudah tidak perlu risau untuk membuang air besar selepas bersalin. Kalau boleh hari pertama lagi nak buang air besar. Tetapi selepas tiga hari, pembuangan air yang pertama berlaku dengan lancar. Ini adalah disebabkan sebelum masuk wad bersalin, nurse bagi saya ubat cirit untuk keluarkan segala macam isi perut. Dengan adanya Ostematrix memang senanglah membuang. Tiada masalah sembelit mahupun buasir.

Ibu-ibu yang memilih Set Berpantang Shaklee ini haruslah bersedia untuk menerima penurunan berat badan yang memang banyak ketika berpantang. Tambah sahaja Omega Guard. Kalau rasa nak kekalkan berat badan ketika bersalin tak payah cuba Set berpantang Shaklee ini. Berat badan saya naik 13kg ketika mengandung dan turun sebanyak 13kg juga ketika berpantang. Selain mengamalkan Set berpantang Shaklee sudah tentu saya juga amalkan proses berurut dan juga bertungku. Memang bahaya Set berpantang Shaklee ini.

set berpantang

set berpantang

Kalau ibu-ibu malas nak pam susu atau menyusukan bayi, jangan ambil Set Berpantang Shaklee. Pengalaman saya susu memang melimpah ruah selepas bersalin. Amani minum seawal pukul 5:00 pagi pukul 11:00 pagi baru ulang minum balik. Sampai saya kejutkan pun tak nak minum. Dan, hasilnya saya terpaksa pam susu bangi mengelakkan bengkak susu. Sebenarnya Set Berpantang Shaklee ini sama sahaja dengan Set Mengandung Shaklee cuma tambah Zink Complex sahaja.

Jika ibu-ibu di luar sana yang mahu pantang dengan cara moden berserta cara tradisional boleh cuba set ini dan bersedia dengan risiko bahaya Set Berpantang Shaklee. Bahaya pun saya suka kerana Set Berpantang Shaklee tidak remeh, mudah, tidak berbau busuk, menyembuhkan luka dengan cepat dan juga anda kekal bertenaga. Nak beli Set Berpantang Shaklee, klik sahaja link di bawah. Setiap pembelian akan disertakan dengan jaduaml pemakanan dan juga konsultandi secara eksklusif dari kami.

order_now_button_1

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934