Bahaya Obesiti Ketika Mengandung

Ramai juga sahabat saya mengalami masalah obesiti ketika mengandung. Dan saya sungguh bernasib baik kerana sepanjang tiga kali tempoh kehamilan, tidak pernah menghadapi masalah terlebih berat badan yang boleh membawa kepada masalah obesiti ketika mengandung. Wanita mengandung dan mengalami obesiti perlu lebih peka dan faham tentang risiko yang mereka hadapi. Ada juga yang kurang sedar tentang bahaya obesiti ketika mengandung.

Obesiti Ketika Mengandung

Obesiti Ketika Mengandung

Bagaimana nak tahu anda obesiti ketika mengandung :

  • Jika mengandung seorang anak, berat badan anda hanya dibenarkan naik kira-kira 5kg hingga 10Kg sahaja dari awal kehamilan sehingga bersalin
  • Jika mengandung kembar, berat badan yang sepatutnya naik dari 11 hingga 20 kilogram sahaja.

Antara bahaya obesiti ketika mengandung yang mungkin dialami oleh para ibu ialah :

  • Mengidap penyakit Kencing Manis Gestasi type 2. Wanita mengandung yang terlebih berat badan berisiko untuk mengidap diabetes.
  • Masalah praeklampsia yang mana kandungan protein yang tinggi dalamĀ urin serta tekanan darah yang tinggi selespas 20 minggu kehamilan
  • Jangkitan saluran pundi kencing. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan juga mudah dijangkiti bakteria pada saluran pundi kencing ketika mengandung, bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan.
  • Pembentukan darah beku yang dipanggil Thrombosis juga berisiko tinggi kepada wanita mengandung yang obesiti. Thrombosis ialah pembentukan darah beku pada saluran darah.
  • Mempunyai masalah pernafasan ketika tidur. yang mana wanita mengandung obesiti cenderung untuk mengalami keputusan atau gangguan pernafasan ketika tidur.
  • Mereka juga berisiko untuk mengandung melebihi tempoh EDD kehamilan bayi. Tempoh waktu bayi dijangka keluar akan menjadi lewat.
  • Mengalami masalah ketika bersalin akibat kesan tindak balas ubat-ubatan yang digunakan ketika proses melahirkan. Mereka juga berisiko untuk bersalin secara pembedahan.
  • Selain itu, wanita mengandung yang obesiti juga berisiko untuk keguguran.
Obesiti Boleh membawa kepada Diabetes

Obesiti Boleh membawa kepada Diabetes

Selain ibu, bayi juga akan mengalami kesan akibat daripada bahaya obesiti ketika mengandung :

  • Bayi yang dilahirkan kebanyakan akan lebih besar serta lebih kandungan lemak berbanding daripada bayi yang ibunya tiada masalah obesiti. masalah obesiti juga berisiko untuk diturunkan kepada bayi tersebut sewaktu zaman kanak-kanaknya.
  • Jika obesiti wanita mengandung berada pada tahap kronik, bayi anda akan berisiko mendapat penyakit jantung atau kencing manis.
  • Selain itu, kajian juga menunjukkan terdapat kecacatan kelahiran berlaku kepada wanita obesiti yang mengandung.
Obesiti Pada Kanak-kanak

Obesiti Pada Kanak-kanak

Antara langkah-langkah penjagaan yang boleh diamalkan oleh wanita mengandung yang obesiti ialah :

  • Melakukan ujian awal untuk mengesan penyakit kencing manis. Kebiasaannya klinik kesihatan akan menyuruh ibu-ibu melakukan ujian ini jika berat ibu naik melebihi had yang telah ditetapkan. Saya perhatikan jika berat ibu naik melebihi 2kg hingga 3kg sebulan, jururawat akan memaksa anda ambil ujian minum air gula untuk mengesan penyakit kencing manis.
  • Sentiasa melakukan ujian Ultrasound bagi memastikan kesihatan bayi seawal daripada 20 minggu kehamilan.
  • Melakukan juga ujian gema untuk mengesan rentak jantung bayi dalam kandungan bagi mengesan kecacatan jantung. Ini hanya untuk mereka yang obesiti melampau.
  • Melakukan pemeriksaan prenatal yang kerap. Wanita mengandung yang mengalami obesiti memang jadual pemeriksaannya kerap sangat berbanding mereka yang normal. Ada yang dua minggu sekali atau seminggu sekali.
Ujian Ultrasound

Ujian Ultrasound

Diharapkan dengan entri yang tida seberapa ini dapat memberikan sedikit info kepada ibu-ibu tentang bahaya obesiti ketika mengandung. In Shaa Allah saya akan share tips langkah-langkah kesihatan yang boleh diambil oleh wanita hamil obesiti serta Set mengandung Shaklee yang boleh membantu mengawal obesiti serta kesan-kesan penyakit akibat obesiti kepada wanita mengandung.

No Responses