Bahaya Anemia Pada Kehamilan

Anemia adalah masalah biasa kepada wanita hamil. Kak Yong sendiri juga mengalami masalah anemia ringan ketika hamil kerana terlalu kerap mengandung dan juga jarak kehamilan yang kurang dari dua tahun. Masalah anemia yang ringan ini dapat dikesan jika keputusan ujian darah hemoglobin (HB) yang diuji setiap kali rutin pemeriksaan mengandung berada di bawah paras 11.. Jika kerap sangat bawah 11 maka ujian darah akan dilakukan di makmal untuk mengesan jika anda mempunyai masalah anemia ketika mengandung. Sebenarnya, bahaya anemia kepada kehamilan boleh dikurangkan jika dikesan pada peringkat awal.

Terdapat dua jenis anemia. Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi dan juga anemia yang disebabkan oleh kekurangan folate atau vitamin B12 ketika mengandung. Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemogobin dalam darah yang berfungsi mengangkut oksigen serta bekalan makanan ke seluruh badan, manakala folate pula diperlukan untuk menghasilkan semua sel-sel badan yang sihat termasuklah hemoglobin.

Bahaya Anemia Pada Kehamilan

Antara simptom yang dapat dikesan sekiranya wanita mengidap anemia ketika hamil ialah :

  • kulit, kuku dan juga bibir yang pucat
  • sentiasa letih dan berkeadaan lemah
  • kurang bertenaga
  • pening kepala
  • sentiasa rasa hendak pitam
  • aktiviti pernafasan rasa macam semput
  • sukar untuk fokus dalam sesuatu

Ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mengidap anemia ketika hamil ialah :

  • mengandung kembar
  • jarak kehamilan yang rapat dan kurang dari dua tahun
  • ibu-ibu yang sentiasa muntah-muntah ketika morning sickness pada fasa awal kehamilan
  • kurang mengambil diet tinggi zat besi
  • pengidap anemia sebelum mengandung

Bahaya Anemia Pada Kehamilan

Antara bahaya anemia pada kehamilan ialah apabila seorang ibu mengidap anemia ketika hamil, ada kemungkinan besar bayi dalam kandungannya akan mewarisi penyakit anemia tersebut. Anemia pada bayi ini akan dapat dikesan selepas sahaja kelahiran dan akan membawa mudarat kepada bayi.

Selain itu, bayi juga berisiko untuk dilahirkan kurang berat dan lahir tidak cukup bulan. Perkembangan bayi dalam kandungan juga tidak seiring dengan usia kandungan. Bahaya anemia pada kehamilan pula boleh membawa kepada proses penukaran darah ibu sekiranya masalah anemia semakin kronik.

Antara cara yang ibu boleh lakukan untuk mengelak bahaya anemia pada kehamilan ialah :

  • Amalkan diet tinggi zat besi seperti sayuran hijau, sumber kekacang, ikan, sumber daging merah dan telur
  • Amalkan makanan tinggi vitamin C yang membantu untuk meyerap zat besi ke dalam darah seperti buah oren, kiwi, sayuran hijau, tomato dan juga roti gandum
  • Elakkan makanan berzat besi diambil bersama dengan sumber kalsium seperti susu, dan juga keju. Mengambil diet zat besi dan kalsium serentak akan menghalang penyerapan zat besi ke dalam darah. 
  • Elakkan minuman yang tinggi kafien 
  • Ibu-ibu juga boleh amalkan Set Mengandung Shaklee yang mengandungi Vitalea bekalan zat besi, Sustained Release Vita-C Plus sumber vitamin C dan B Complex sumber folate vitamin B 12 yang mencukupi.

Bahaya Anemia Pada Kehamilan

Untuk mengetahui testimoni Set Mengandung Shaklee anda boleh klik di sini. Bagi pembelian melalui kad kredit anda juga boleh klik icon di bawah dan boleh hubungi Kak Yong bersama nombor invois pembelian untuk konsultansi secara percuma.

buy now

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

3 Comments

  1. arnie September 3, 2015
  2. Nurul September 3, 2015
  3. Noriza Rahman September 3, 2015