Bagaimana Saya Kenal Shaklee

Sudah hampir dua tahun saya menggunakan produk Shaklee. Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda semua bagaimana saya kenal Shaklee. Sebenarnya ketika itu, ibu saya telah disahkan mengidap kanser payudara stage 2. Terdapat ketulan di payudara beliau yang memerlukan bahagian tersebut dibedah dan dibuang. Hanya ketulan itu sahaja dibuang, bukanlah keseluruhan payudaranya. Setelah proses pembedahan, ibu saya perlu menjalani proses kemoterapi dan juga radioterapi.

Ketulan Sel Kanser Payudara

Ketulan Sel Kanser Payudara

Hanya ahli keluarga sahaja yang tahu bagaimana susah dan menderitanya pesakit kanser ini untuk menjalani kesemua proses rawatan. Hanya yang betul-betul tabah dan kuat semangat sahaja berjaya mengharungi proses penyembuhan. Ketika menjalani proses kemoterapi, ibu saya memang sungguh lemah, tidak lalu makan dan asyik muntah sahaja. Dari situlah bermulanya bagaimana saya kenal Shaklee. Saya mencari-cari info di internet dan telah menghantar email untuk produk yang bersesuaian dengan kak Norita yang merupakan superupline saya. Beliau menasihatkan saya untuk mencuba produk Meal Shake dan juga Performance Drink untuk mengembalikan tenaga dan mengekalkan khasiat vitamin yang diperlukan oleh badan semasa dalam proses kemoterapi.

Walau bagaimanapun, sudah rezeki Mak Shaklee saya kak Arnie Genkimomma kerana kebetulan belum sempat lagi saya close deal dengan granny Kak Norita, beliau telah berangkat menunaikan umrah selama dua minggu. Disebabkan memerlukan produk tersebut dengan cepat saya pun telah menghantar email kepada Kak Arnie bagi mendapatkan produk tersebut. Selain kedua-kedua produk untuk ibu saya, saya pun sempat juga memborong pelbagai produk vitamin lain untuk saya dan juga adik-adik yang tinggal berjauhan. Sehingga melayakkan saya mendapat keahlian percuma.

Maka, begitulah bagaimana hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee dan bagaimana saya kenal Shaklee. Segalanya bermula dengan penyakit kanser ibu saya. Sehingga sekarang ibu saya mengamalkan Vivix untuk kesihatan dan pencegahan penyakit kanser di samping ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor. Dan, saya seisi keluarga juga masih dan akan terus mengamalkan produk Shaklee untuk kesihatan jangka masa panjang