Bagaimana Makan Coklat Untuk Kurangkan Berat Badan

Mitos cakap kalau sedang dalam proses menguruskan badan, janganlah makan coklat. Nanti jadi terbalik. Silap-silap, bakal jadi gemuk pula. Tetapi, sebenarnya ada cara yang Kak Yong hendak kongsi bagaimana makan coklat untuk kurangkan berat badan.

Langkah satu bagaimana makan coklat untuk kurangkan berat badan ialah kira pengambilan kalori harian anda. Setiap orang sehari mesti mengambil 1,200 hingga 1,400 kalori sahaja. Dalam usaha untuk memenuhi keinginan makan cokalt, anda boleh kira peruntukan kalori harian dengan menambah kalori coklat yang diambil dalam pengiraan tersebut.

Langkah kedua ialah pilihlah dark chocolate atau coklat gelap tanpa susu. Coklat susu mempunyai kalori lebih tinggi dari coklat gelap. Coklat gelap juga memberikan kepuasan menikmati coklat dengan lebih banyak lagi berbanding coklat susu walaupun hanya sedikit sahaja kuantiti coklat gelap yang diambil. Paling utama sekali coklat gelap mempunyai fungsi untuk mengurangkan selera makan yang membuatkannya sesuai kepada mereka yang sedang berdiet.

Bagaimana Makan Coklat Untuk Kurangkan Berat Badan

Langkah ketiga untuk anda menikmati coklat ialah perhatikan menu yang diambil sehari-hari. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mekanan ringkas tetapi berkhasiat. Ini membolehkan anda mencuri cara bagaimana makan coklat untuk kurangkan berat badan.

Langkah keempat ialah gantikan minuman kegemaran seperti the dan kopi dengan minuman coklat. Minuman coklat tinggi antioksidan dan boleh menjadi kepada pengganti kafien.Ianya juga boleh mengurangkan keinginan untuk makan dengan banyak.

Langkah yang terakhir sekali bagaimana makan coklat untuk kurangkan berat badan ialah kata kuncinya kesederhanaan. Dalam apa juga benda yang kita ambil atau buat, bersederahan adalah yang terbaik. Jika anda teringin hendak makan coklat dan mengambil alternatif lain kepada pengganti coklat, nafsu keinginan tidak dapat dipenuhi. Ini membuatkan anda akan makan dengan lebih banyak lagi. Maka, nikmatilah coklat secara besederhana.

8 Comments

  1. Dr Fattah February 13, 2015
    • Azimah February 15, 2015
  2. Azlan February 14, 2015
    • Azimah February 15, 2015
  3. Sani Sini Sana February 17, 2015
    • Azimah February 23, 2015
  4. adarain February 23, 2015
    • Azimah February 23, 2015