Azam Tahun 2015

Rasa-rasa macam belum terlambat lagi hendak berkongsi dengan semua azam tahun 2015 saya. Ada azam tahun 2014 yang telah tercapai sedikit dan ada juga yang saya nak sambung azam tahun 2014 yang tertunggak lagi ini. In Shaa Allah, hopefully Allah akan mudahkan untuk tahun 2015 ini.azam tahun 2015

Azam tahun 2015 saya yang paling utama ialah nak kumpul duit lebih sikit untuk masuk ke rumah baru. In Shaa Allah rumah kami akan siap tahun ini. Sebelum masuk rumah, ingat nak ubah suai mana yang patut. Doakan dipermudahkan sahaja.

Selain itu, In Shaa Allah juga ahli keluarga kami akan bertambah lagi. Azam tahun 2015 ialah selepas cuti bersalin memang merancang untuk mengambil cuti panjang bagi tujuan menjaga anak-anak. Kesemua anak saya memang mengambil cuti sehingga mereka berusia 6 ke 7 bulan bagi melancarkan proses penyusuan sebelum menghantar mereka ke taska untuk dijaga ketika saya bekerja. In Shaa Allah saya juga berdoa langkah kecil ini juga menjadi titik tolak saya untuk menjadi Work At Home Mom. Memandangkan anak pun dah menjadi 4. Mungkin lebih senang menjaga sendiri dari menyerahkan kepada orang lain.

azam tahun 2015

Tahun 2014 juga meninggalkan kesan manis dan juga suka duka bagi sesetengah orang. Kesan malapetaka dan juga bencana alam mengajar saya untuk bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Mendidik diri saya untuk menyedari bahawa perancangan Allah juga adalah yang terbaik. Antara azam tahun 2015 saya ialah untuk membantu lebih banyak orang di luar sana. Jika saya hendak bersedekah lebih, maka saya perlukan sumber kewangan yang lebih untuk menyentuh lebih ramai lagi orang yang memerlukan di luar sana. Selain itu, saya juga berharap perjalanan bisnes saya dipermudahkan serta niat saya sentiasa ditetapkan serta Allah menunjukkan saya jalan yang benar untuk kebahagiaan tahun 2015 dan juga akhirat.

 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934