Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor

Artikel ini Kak Yong peram sudah hampir dua minggu. Bukan apa tukang tangkap gambar merangkap Encik Husband tak berkesempatan untuk panjangkan gambar-gambar yang sempat diambil di Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor. Restoran ini memang favourite spot bagi anak bujang dan kami sekeluarga.

Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor

Kak Yong suka sangat makan di restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor ini. Kami selalunya pergi ketika makan tengahari. Restoran ini dibuka bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga 12.00 malam. Untuk makan tengahari selalunya boleh terus walk in sahaja, Tetapi untuk makan malam, Kak Yong syorkan anda buat tempahan awal, sebab malam memang sentiasa penuh. Restoran ini menjadi pilihan kepada penggemar makanan laut tegar yang mahukan kualiti terbaik pada harga berpatutan.

Berbanding makan malam, makan tengahari di restoran ini sesuai untuk kami sekeluarga yang gemarkan aktiviti santai dan tidak ramai orang. Hahahahaha (alasan sahaja :)). Sebenarnya, kalau makan tengahari boleh makan banyak lagi berbanding makan malam yang mana masa dan juga kapasiti perut agak terhad. Bagi mak anak empat, restoran yang terletak tepi laut ini sesuai untuk anak-anak main kejar-kejar atau mengutip cengkerang di tepi pantai. Suasananya yang berangin memang menjadikan restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor pilihan terbaik kami seisi keluarga.

Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor

Selain itu, restoran ini menawarkan pilihan makanan laut yang segar pada harga yang berpatutan. Sotong, udang, ketam serta pelbagai jenis ikan diambil segar setiap hari. Untuk makan di restoran ini anda perlu kenal pasti terlebih dahulu meja yang anda pilih. Kami suka makan di pondok gazebo yang dikenakan bayaran tambahan RM10 atau RM20 bergantung kepada saiz gazebo. Kemudian, penggemar makanan laut boleh pilih segala macam makanan laut yang ada dan jenis masakan yang dikehendaki beserta dengan nombor meja sekali. Untuk menu tambahan, terdapat pekerja yang akan mengambil tempahan di meja.

Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor

Antara menu yang kami pilih pada acara makan-makan sempena cuti Hari Kemerdekaan yang lalu ialah butter prawn, ikan siakap stim limau campur cendawan, sotong goreng tepung, tomyam campur, ketam masak bercili, kerabu mangga, sayur campur dan juga sup sayur . Menu ini untuk 13 orang makan sebenarnya. Dan harga bil lebih kurang RM300 sahaja. Banyak makan semut sampai terlupa total harga sebenar.

Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor

Kak Yong memang syorkan restoran ini kepada penggemar makanan laut tegar dan  sesuai juga kepada mereka yang hendak buat sesi gathering atau event sebab ada hall istimewa yang disediakan. Paling penting ianya tidaklah jauh sangat cuma 40 ke 50 minit sahaja dari Shah Alam. Boleh guna waze mahupun GPS untuk sesiapa yang baru pertama kali hendak ke restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram Selangor.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

24 Comments

  1. Adzrif Sidek September 17, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  2. siti hazreen September 17, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  3. jida September 18, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  4. arnie September 18, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  5. mommykemai September 18, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  6. Hafizul September 19, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  7. Khairul Zamri September 19, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  8. Uncle Zuan September 20, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  9. Noriza Rahman October 1, 2015
    • Azimah October 2, 2015
  10. Siti Badariah Baharin October 5, 2015
    • Azimah October 6, 2015
  11. Sani October 6, 2015
    • Azimah October 7, 2015
  12. Farrah MF November 3, 2015
    • Azimah November 3, 2015