Apa Yang Ibu Perlu Tahu Tentang Nebulizer Untuk Kanak-Kanak

Hari Isnin lepas, si kecil Hafiy demam masuk hari kelima. Bawa pemeriksaan ke DEMC, doktor advise supaya kena admit. Ini adalah disebabkan demam yang berpanjangan, telinga yang sudah berair disebabkan selesema dan juga kahak yang sudah memenuhi  ruang peparu.

Malangnya, katil hospital DEMC sudah penuh. Doktor cuma bagi ubat dan juga advise supaya Hafiy mengambil nebulizer setiap 4 jam sekali bagi mengeluarkan kahak yang memenuhi ruang peparunya. Sepanjang Isnin hingga hari ini memang Kak Yong berulang ke DEMC bagi pengambilan nebulizer Hafiy.

Apa Yang Ibu Perlu Tahu Tentang Nebulizer Untuk Kanak-KanakApa Itu Nebulizer?

Rawatan pernafasan menggunakan nebulizer adalah kaedah mudah bagi merawat masalah pernafasan bagi kanak-kanak. Ubat atau rawatan saline akan dimasukkan ke dalam bekas di bahagian bawah topeng muka. Ubat tersebut akan ditukarkan ke dalam bentuk wap untuk disedut dengan bantuan topeng muka. Mesin nebulizer ini akan menukarkan ubat-ubat dan dicampurkan dengan oksigen atau udara termampat kepada wap-wap untuk disedut oleh kanak-kanak.

Tanda-Tanda Kanak-Kanak Perlu Mengambil Nebulizer

Nebulizer ini kebanyakannya diambil oleh mereka yang mengidap athsma. Namun, rawatan pernafasan nebulizer ini juga boleh diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah wheezing ketika bernafas, batuk-batuk, selesema berpanjangan serta nafas yang terputus-putus.

Apa Yang Ibu Perlu Tahu Tentang Nebulizer Untuk Kanak-Kanak

Kebaikan Nebulizer

Antara kebaikan pengambilan nebulizer untuk kanak-kanak ialah:

  • Risikonya adalah rendah berbanding dengan pengambilan ubat-ubatan.
  • Sangat disyorkan bagi merawat masalah selesema, kahak dan batuk bagi bayi berusia di bawah dua tahun
  • Membantu dalam melegakan saluran pernafasan kanak-kanak. Selepas rawatan Hafiy boleh tidur dengan lebih lena

Tips Supaya Kanak-kanak Terutama Bayi Selesa Ketika Nebulizer

  • Biasakan mereka dengan topeng yang digunakan ketika nebulizer
  • Jadikan rutin. Pada awalnya, mereka mungkin akan menangis. Alihkan perhatian mereka kepada perkara yang lebih menarik perhatian. Seperti tengok video kegemaran mereka, mendodoi ataupun berzikir lembut di telinga anak-anak.
  • Pastikan mereka duduk dengan selesa
  • Pujuk dan katakan perkara positif sepanjang rawatan nebulizer tersebut. You all mungkin boleh bagi  ganjaran yang menarik selepas selesai proses nebulizer tersebut.

Kepada ibu-ibu yang pertama kali memberikan rawatan pernafasan menggunakan nebulizer kepada si comel, jangan gusar. You all boleh bertanya kepada doktor jika terdapat sebarang keraguan. Dan kena yakin, doktor memang akan suggest rawatan yang selamat dan berkesan dalam merawat penyakit si comel.

Apa Yang Ibu Perlu Tahu Tentang Nebulizer Untuk Kanak-Kanak

Setelah 24 jam bergelut setiap 4 jam sekali berulang-alik ke DEMC, Alhamdulillah peparu Hafiy quite clear pagi ini dan tidak perlu dimasukkan ke dalam hospital.

One Response

  1. Al-Manna Ameer November 11, 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge