Antioksidan Boleh Elakkan Penuaan Kulit Sebelum Waktunya

Semua orang idamkan kulit yang halus dan mulus. Kalau boleh mesti mahu sentiasa kelihatan awet muda. Secara biologinya, setiap orang akan kehilangan keanjalan kulit seiring dengan peningkatan usia. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang mengalami proses penuaan kulit sebelum waktunya yang lebih dikenali dengan “penuaan kulit pramatang”.

Antioksidan Boleh Elakkan Penuaan Kulit Sebelum Waktunya

Penuaan kulit pramatang ini berpunca daripada radikal bebas yang disebabkan oleh tidak balas tubuh badan kepada perubahan persekitaran. Penuaan kulit akan berlaku dengan lebih cepat lagi sekiranya kulit sentiasa terdedah kepada asap, debu dan pencemaran serta amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti tabiat merokok.

Antioksidan merupakan pertahanan terbaik secara semulajadi bagi melawan pertumbuhan radikal bebas pada tubuh. Banyakkan makanan tinggi antioksidan sebagai salah satu usaha untuk melindungi kulit serta melewatkan penuaan untuk jangka masa panjang. Kalau you all perasan kebanyakan alat kosmetik mesti ditambah dengan pelbagai antioksidan untuk melindungi kulit.

Antioksidan Boleh Elakkan Penuaan Kulit Sebelum Waktunya

Vitamin E Sumber Antioksidan Terbaik

Sumber vitamin E banyak terdapat dalam sayuran hijau, buah-buahan serta makana jenis berdaging. Pentingnya vitamin E membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan, mengurangkan kedutan serta garis-garis halus serta memulihkan parut-parut pada kulit.

Lycopene Merupakan Vitamin A

Lycopen banyak terdapat dalam sayuran karotin yang berwarna merah atau oren seperti lobak merah, kobis ungu, tomato dan sebagainya. Pentingnya Vitamin A dalam memperbaiki kerosakan DNA pada kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan dalam mengekalkan keanjalan kulit.

Antioksidan Boleh Elakkan Penuaan Kulit Sebelum Waktunya

Teh Hijau Membantu Menangani Masalah Keradangan Kulit

Amalkan minum teh hijau yang tinggi kandungan antioksidannya setiap hari. Membantu dalam mengurangkan masalah keradangan serta alahan pada kulit. Selain itu, ianya juga bertindak sebagai penghadang sinaran UV ala-ala sunblock gitu. Oleh sebab itu, kulit susah hendak kelihatan kusam dan terbakar.

Antioksidan Boleh Elakkan Penuaan Kulit Sebelum Waktunya

Tekanan juga merupakan salah satu punca penuaan kulit. Amalkan banyak makanan tinggi resveratrol boleh melindungi kulit daripada alahan, keradangan serta kemerahan kulit. Selain itu, resevratrol juga membantu dalam menangai tekanan (stress) yang menjadi punca kulit kusam.

Antioksidan Boleh Elakkan Penuaan Kulit Sebelum Waktunya

Biji Anggur (Grape Seed) Tinggi Antioksidan

Banyak juga makanan tambahan ayang dimasukkan sekali biji anggur sebagai salah satu usaha untuk melindungi kulit supaya kelihatan awet muda. Selain itu, ekstrak biji anggur juga telah terbukti berjaya melindungi kulit daripada serangan radikal bebas.

Vitamin C Sudah Terkenal Sebagai Antioksidan

Siapa yang suka ambil vitamin C memang tahu ianya merupakan vitamin yang tinggi antioksidan. Amalkan buah-buahan serta sayur-sayuran supaya tubuh badan cukup keperluan vitamin C. Penting dalam memelihara kulit, menggalakkan pengeluaran kolagen serta menjadi kulit semakin cerah dan berseri.

Antioksidan Boleh Elakkan Penuaan Kulit Sebelum Waktunya

Untuk entri akan datang kak Yong akan kongsi Set Kecantikan Shaklee yang mana kesemuanya merupakan sumber antioksidan terbaik dalam melindungi kulit.

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com