Antara Sebab Penghasilan Susu Merundum

Ramai ibu-ibu yang secara eksklusif menyusukan bayi kadang-kala ada masanya penghasilan susu merundum. Sebenarnya banyak punca serta sebab penghasilan susu merundum.

Selepas bersalin ramai ibu-ibu yang teruja untuk mendapatkan berat sebelum mengandung. Lagi cepat lagi bagus. Walau bagaimanapun, diet yang ketat serta mendadak boleh menjadi punca susu badan semakin sedikit. Ini adalah kerana ibu menyusu memerlukan kalori sebanyak 1500 hingga 1800 sehari bagi mengekalkan penghasilan susu secara berterusan. Ibu-ibu boleh amalkan diet secara perlahan-lahan dengan mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 100 sehari secara beransur-ansur

Penghasilan Susu Merundum

Pil perancang juga antara sebab penghasilan susu merundum

Ada pelbagai jenis pil perancang di pasaran. Walau bagaimanapun pastikan anda mengambil pil yang mengandungi hormon pregesteron sahaja. Ini adalah kerana pil perancang di pasaran mempunyai kandungan estrogen yang sangat tinggi yang boleh meyebabkan pengeluaran susu merundum. Paling mudah, ambil sahaja pil perancang di Klinik Kesihatan yang sudah tentu takkan mengganggu kandungan hormon penyusuan dalam badan

Penghasilan Susu Merundum

Penghasilan susu merundum dengan pengambilan kafien

Ada pelbagai jenis minuman yang mengandungi kafien. Antaranya ialah kopi, soda, teh dan coklat. Minuman berkafien masih boleh lagi diambil namun perlu bersederhana dan perhatikan tindak balas minuman ini kepada penghasilan susu ibu.

Antara sebab lain mengapa penghasilan susu merundum ialah :

  • Kurang mengambil air. Apabila dehidrasi penghasilan susu ibu juga akan berkurangan. Ini adalah kerana air merupakan elemen penting untuk menjana susu ibu
  • Pengambilan ubat-ubatan juga akan mengurangkan susu ibu serta mempengaruhi let down reflex
  • Pengambilan minuman berais
  • Pengambilan peppermint atau spearmint juga memberikan kesan negatif kepada penghasilan susu bergantung kepada tindak balas seseorang
  • Pengambilan parsli, sage dan oregano juga memberikan kesan terhadap penghasilan susu ibu. Boleh diambil dalam kuantiti sederhana
  • Mengambil minuman alkohol

Penghasilan Susu Merundum

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

One Response

  1. Noriza Rahman January 26, 2016