Anemia Di Kalangan Ibu Mengandung

Anemia atau kurang darah juga merupakan satu masalah penyakit terutama di kalangan ibu hamil. Gejala ini sangat mudah dikesan berdasarkan fizikal ibu sendiri. Antara yang mudah dikesan iaitu warna kelopak mata yang pucat, kerap berasa letih dan sukar fokus pada sesuatu.
Bagaimanapun sekiranya gejala anemia semakin teruk, ia akan diikuti dengan gejala rambut gugur, nafas pendek, kuku cekung seperti sudu, sukar menelan sehingga kepekaan terhadap jangkitan meningkat.
Jika doktor mengesan gejala ini di kalangan ibu hamil, mereka disarankan membuat pemeriksaan hb melalui ujian darah. Apabila kadar hemoglobin kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk  siasatan kemungkinan ada penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab.
Ini bagi memudahkan doktor menyesuaikan jenis rawatan dan faktor terjadinya anemia kepada ibu tersebut.
 
HB Low

Apabila anemia berlaku akibat kekurangan protein, ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.
Apabila anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi, maka pemberian suplemen perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor anda. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.
Jika pemberian suplemen masih tidak mampu memenuhi keperluan zat yang berkurangan, maka rawatan memberi zat besi atau asid folat intravena atau transfusi perlu dilakukan dengan pengawasan ketat daripada doktor sakit puan anda.
 
Sumber : Pa & Ma
 
Vitamin Untuk Ibu Mengandung
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934